Hati kotor hanya boleh diubat, dibersih dengan iman

SETIAP manusia dikurniakan Allah hati

Hati adalah seketul darah yang berperanan mengawal pergerakan jasad manusia. Jika hati seseorang itu bersih (daripada kekotoran dosa) maka jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya jika hati itu penuh dengan kekotoran dosa, maka ia akan mendorong seseorang itu melakukan perkara yang ditegah agama.

Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketaqwaan individu.

Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah mengingatkan kepada umatnya mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud:

“Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati.” (Riwayat Bukhari – 2/49)

Berdasarkan hadis itu, dapatlah kita gambarkan hati manusia yang rosak itu seumpama sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah juga hati, jika ia penuh dengan kekotoran dosa, maka seluruh badan akan rosak. Continue reading

Jangan tertipu kenikmatan dunia

Kelazatan syurga boleh diperoleh melalui amal salih, iman di hati setiap orang mesti mempunyai impian. Mungkinkah impian itu tercapai di dunia ini? Apakah ada lagi yang lebih hebat daripada itu semua? Percayalah sebenarnya dunia adalah tempat segala kekurangan. Jika anda kaya, tidak semestinya anda bahagia. Yang ramai anak belum tentu lebih bahagia daripada yang tiada anak. Beristeri cantik bukan jaminan hati boleh senang, mungkin lebih membuat anda resah dan gelisah.

Sesungguhnya dunia tidak sempurna dan siapakah agaknya di dunia ini yang terlepas daripada musibah dan ujian? Semua insan mesti merasai sakit, susah, putus asa dan gagal. Di manakah kita boleh terlepas daripada ketidaksempurnaan ini?

Tempat itu ialah di syurga Allah, destinasi yang pelik tetapi benar! Yang tak pernah ada seorang pun melihatnya kerana terlalu cantik. Tiada telinga yang pernah mendengarnya kerana banyak rahsia kehebatannya. Tiada pernah hati berasa kerana tempat ini terlalu ajaib. Tidak dapat dibandingkan dengan dunia yang murah dan tidak bernilai.

Pada suatu hari Rasulullah SAW pernah berjalan bersama sahabatnya, mereka melihat bangkai seekor kambing yang dikerumuni lalat kerana bau busuk. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Dunia tidak ubahnya seperti bangkai ini di sisi Allah.” Continue reading

Mukjizat cinta dan iman

CINTA adalah satu perkataan yang tidak asing lagi di telinga kita. Apalagi di kalangan remaja, kerana sudah menjadi anggapan umum bahawa cinta sinonim dengan ungkapan rasa sepasang sejoli yang mabuk asmara.

Ada yang mengatakan cinta itu suci, cinta itu agung, cinta itu indah dan terlalu indah hingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya dapat dirasakan dan sebagainya. Bahkan ada yang menggambarkan oleh kerana tersangat indahnya cinta, syaitan pun berubah menjadi bidadari “racun dirasa bagaikan madu?”

Yang jelas kerana cinta, ramai orang yang merasa bahagia namun sebaliknya kerana cinta ramai pula yang tersiksa dan merana. Cinta dapat membuat seseorang menjadi sangat mulia, dan cinta pula yang menjadikan seseorang menjadi sangat tercela.

Kita tahu bagaimana kecintaan Khadijah r.a. kepada Rasulullah SAW yang rela mengorbankan apa sahaja yang dimilikinya dengan perasaan bahagia demi perjuangan si kekasih yang menjadikannya mulia. Sebaliknya ada pemudi yang mengorbankan kehormatannya demi untuk menyenangkan si kekasih yang dia lakukan atas nama cinta. Atau ada remaja yang menghabiskan nyawanya (na’udzubillahi min zalik) hanya kerana cinta. Cinta yang sedemikianlah yang membawanya kepada kehinaan.

Lalu, apa sebenarnya makna daripada cinta? Continue reading