Oleh Zuarida Mohyin
SEBUT sahaja solat sunat Istikharah, pasti yang tergambar dalam minda kita ialah solat untuk memilih pasangan atau mencari jodoh terbaik. Itulah tanggapan umum mengenai solat sunat ini.
Pensyarah di Jabatan Bahasa al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Zahazan Mohamed menjelaskan istikharah yang membawa maksud ‘meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan’ merupakan senjata orang yang beriman dalam menghadapi urusan agar dapat membuat pilihan yang tepat.
Yang pasti urusan itu tidak sahaja yang melibatkan pemilihan bakal pasangan tetapi turut merangkumi soal-soal berkaitan rumah, kenderaan, kerja dan sebagainya. Pokoknya ibadat itu memohon petunjuk tentang perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan.
Rasulullah s.a.w. telah mensyariatkan umatnya agar mereka memohon pengetahuan Allah dalam segala urusan yang mereka alami dalam kehidupan, sama ada yang kecil mahupun besar, agar beroleh kebaikan. Ia sebenarnya dilakukan bagi menggantikan upacara pada zaman jahiliah berupa meramalkan masa depan dengan berpandukan kepada berhala dan syaitan.
“Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari mengatakan solat ini mencakupi urusan-urusan besar atau kecil. Banyak masalah yang kita sangkakan kecil akhirnya berkembang menjadi masalah yang lebih besar,” kata Zahazan yang juga giat menulis buku dengan penerbitan Telaga Biru.
Secara umumnya, kata Zahazan, pensyariatan ibadat ini adalah untuk menunjukkan kepada umat Islam kaedah memohon pertolongan Allah agar diberi taufik dan hidayah dalam membuat keputusan. Seperti mana banyak dijelaskan, ibadah ini diajar oleh Nabi sebagai jalan keluar daripada pergantungan kepada syaitan dalam amalan penujuman dan perbomohan yang menyebabkan penipuan dan penganiayaan terhadap hak sesama manusia.
Ini bagi mengelakkan golongan tersebut mengambil kesempatan atas kejahilan manusia bahawa kononnya mereka mengetahui masa depan. Sebaliknya, Allah menjelaskan dalam al-Quran: “… kalaulah aku (Nabi Muhammad) mengetahui hal yang ghaib (akan berlaku), tentu aku akan berbuat kebaikan dengan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa sebarang kemudaratan.” (al-A’raf: 188)
Ayat ini menerangkan tentang peringatan Allah kepada kita bahawa Nabi s.a.w. yang menerima wahyu daripada-Nya juga tidak mengetahui apakah yang akan berlaku, inikan pula kita. Lantaran itu, memohon kepada Allah agar beroleh reda-Nya merupakan petanda ketakwaan dan menyerahkan segala urusan kepada-Nya. Ini merupakan manifestasi keimanan yang mutlak kepada-Nya. Hal ini disebutkan dalam hadis pada bab Muraqabatullah dalam Kitab Riyadhus Solihin, Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: “Apabila kamu meminta pertolongan mintalah kepada Allah.” (Riwayat Tirmizi)
Terdapat juga sebuah athar yang bermaksud: “Tidak akan kecewa orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dengan orang lain.”
Menurutnya lagi, dalam hadis daripada Jabir r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. mengajarkan istikharah kepada kami dalam segala urusan sebagaimana Baginda mengajar kami sesuatu surah daripada al-Quran. Sabda Baginda: “Jika salah seorang daripada kamu berkeinginan untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat di luar solat wajib.” (Riwayat Bukhari)
Malah, menurut al-Imam al-Nawawi dalam al-Azkar, seseorang yang melakukan istikharah, maka dadanya akan terbuka luas untuk sesuatu urusan, malah dia akan terlihat kebaikan pada perkara yang akan dilakukan atau sebaliknya.
Al-Zamlakani pula mengatakan: “Jika seseorang mengerjakan solat istikharah dua rakaat untuk sesuatu hal, maka hendaklah dia setelah itu melakukan perkara yang kelihatan baginya sama ada dia berasa senang ataupun tidak, kerana kebaikan itu berada dalam jiwanya sekalipun jiwanya tidak menyenanginya.”
Selain itu, kata Zahazan, tiada satu keterangan daripada hadis yang menjelaskan bahawa seseorang itu akan diilhamkan dengan perasaan senang hati atau sebagainya.
“Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan seseorang yang bersolat sunat ini akan memperoleh petanda tertentu melalui mimpi atau sebagainya. Namun begitu jika berlaku petunjuk seperti itu ia merupakan nikmat Allah.”
“Hadis di atas bermaksud urusan yang dilakukan itu akan dipermudahkan oleh Allah dan diberikan keberkatan. Atau dalam keadaan lain, Allah akan memberikannya sesuatu kebaikan yang lain. Malahan dia akan sentiasa mendapat kebaikan dalam semua urusannya,” katanya.
Nasihat Zahazan, jadikanlah solat sunat ini sebagai satu ibadah yang dilakukan ikhlas kerana-Nya. Ambillah kesempatan untuk bermesyuarat dengan sahabat-sahabat yang soleh kerana Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ali-Imran ayat ke 159 bermaksud: “Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
Batas waktu
Solat Istikharah adalah solat yang dilakukan di luar solat wajib tanpa dibataskan waktu-waktu yang tertentu. Jadi ia boleh diamalkan pada bila-bila masa. Al-Imam al-Nawawi menyatakan dalam al-Azkar, solat ini boleh dikerjakan dengan dua rakaat sunat rawatib, tahiyatul masjid dan solat-solat sunat yang lain. Walau bagaimanapun melihat kepada susunan oleh al-Bukhari, beliau cenderung ke arah menggalakkan ibadat ini dikerjakan pada waktu malam, kerana lazimnya istikharah dilakukan sebagai usaha mendapat pimpinan Allah.
Justeru, waktu malam merupakan pilihan yang tepat memandangkan kepada sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari bermaksud: “Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk-Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk-Ku berikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk-Ku ampunkan?”
Berdasarkan hadis di atas, jelas kepada kita bahawa solat ini dikerjakan secara bersendirian di luar waktu solat fardu. Walaupun tiada keterangan yang khusus menunjukkan kepentingannya untuk dilakukan bersama dengan solat hajat dan tahajjud, tetapi lazimnya waktu bertahajjud merupakan waktu yang baik untuk bermunajat kepada Allah.
Doa
“Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon petunjuk-Mu untuk membuat pilihan yang tepat dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan kepada-Mu (untuk mendapat penyelesaian ) dengan kekuasaan-Mu, aku memohon daripada anugerah-Mu yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau maha berkuasa, sedangkan aku tidak, Engkau maha mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau maha mengetahui perkara yang ghaib. Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini … (disebutkan hajatnya ) baik untukku dalam urusan agamaku, hidupku dan kesudahanku, maka mudahkanlah bagiku dalam urusan itu, kemudian kurniakanlah berkat kepadaku. Akan tetapi bila Engkau mengetahui bahawa persoalan itu lebih bahaya kepadaku dalam agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka elakkanlah aku daripadanya, kemudian takdirkan bagiku segala perkara yang baik di mana saja dan jadikanlah aku orang yang reda dengan ketetapan tersebut. “
Dalam hadis ini, Nabi s.a.w. menganjurkan agar seseorang yang mempunyai hajat itu menyebutkan hajatnya di pertengahan doa agar diberi petunjuk oleh Allah s.w.t..
Bacaan surah
Sebenarnya tiada suatu dalil pun yang menetapkan bacaan surah tertentu mengiringi al-Fatihah. Walau bagaimanapun, al-Imam al-Nawawi menerusi kitabnya al-Azkar mencadangkan agar membaca surah al-Kafirun pada rakaat pertama selepas al-Fatihah dan al-Ikhlas pada rakaat kedua selepas al-Fatihah. Kenyataan ini disokong oleh al-Iraqi dalam Syarah al-Azkar oleh Ibn Allan, Wallahu A’lam.
Posted by lan on February 9, 2008 at 12:57 pm
1. saya telah beberapa kali menunaikai solat istikharah untuk menunjukkan jodoh saya yang sebenar.tetapi saya masih belum diberikan sebarang petunjuk mengenai itu.mungkinkah ada kesilapan semasa saya menunaikan solat istikharah itu atau pun solat saya itu tidak diterima allah.
Posted by Jaa on May 18, 2009 at 5:43 pm
assalamulaikum… saya juga telah melakukan beberapa kali solat istiqarah untuk memilih calon pasangan hidup saya, tetapi belum diberi petunjuk, mungkin juga ada kesilapan dan harap boleh betulkan, sekadar untuk pengetahuan bagi saya bagaimanakah bentuk petunjuk yang diberikan oleh Allah kepada kita adakah berupa bayangan atau dalam bentuk apa? seperti mana yang saya tahu kebiasaannya petunjuk yang diberikan oleh Allah kepada hambanya ialah berupa bayangan,,, harap dapat diperjelaskan.
Posted by gurl20 on March 1, 2008 at 12:08 am
Setiap ibadah yg kita lakukan, kita x pasti samada ianya dterima Allah atau tidak. Sebaiknya kita perlu terus berusaha dan berusaha agar apa yg kita inginkan tercapai.. Mungkin masanya blom tiba masenya untuk saudara bjumpe dgn jodoh saudara.. Nasihat saya, teruskanlah memohon petunujuknya agar ape yg diimpikan tercapai.. wallahu’alam..
Posted by jejaka sunyi on April 7, 2008 at 8:47 pm
saya setuju dgn pendapat gurl20 tu.. jgn susah hati pasal jodoh ni.
Apabila sampai masanya sekejap je terjadi. mgkn belum diizinkanNYA. Kdg2 kita tgk org yg bercinta2 bertahun2 belum tentu berkahwin dgn org tu. akhirnya kawin dgn org lain.
Ada org yg berkahwin suka sama suka tapi bercerai juga.
maknanya BERCINTA dlm kahwin lebih baik dan selamat..
bercinta pun tak semesti kekal bahagia..
Sye nak berkongsi pengalaman sye ni. dulu sye pernah berkawan utk mengenal hati budi.. hubungan kami cuma bertahun 1 tahun je.
tak pernah keluar ‘ dating ‘. kwn satu pejabat.. tapi akhirnya dia dah kawin dgn org lain. jadi isteri nombor 2. umur jauh beza dia 22 thn suami lebih kurang 50 thn.
isteri pertama dah ada anak. sye pun tak tau sgt.. mgkn dah jodohnya. okla sbb dah ada lelaki yg sudi jaga dia. sye tumpang bahagia. mulanya terkejut juga. dia pun dah berhenti keje..
kami bersama-sama membuat solat istikharah. mlm tu dia sendiri cakap yg dia bermimpi saya cakap takde hati dan perasaan padanya. sye tanya balik betul ke? dia kata dia mimpi dua kali..
terfikir juga, ada 2 kemungkinan..
a) Petunjuk drp ALLAH.
b) jelmaan syaitan yg cuba mengoda manusia. Sbb bila
manusia berkahwin, dia dah gagal rosakkan melalui jln
zina. 3 jenis dosa besar arak, judi dan berzina.
c) 3 jln ni la mudah dia nak rosakkan manusia. dia akan
datangkan was-was..
renung2 dan fikirla.. ni pengalaman saya.. jgn putus asa terus mencari dan berdoa agar dipertemukan..
Posted by ida on April 13, 2008 at 10:45 pm
sy telah melakukan istikharah dan sy bemimpi bertemu dengan lelaki lain bukan lelaki yg sy minat jd apa harus sy buat sedangkan sblm ni sy lngsung tak ade perasaan terhadap lelaki tersebut…
Posted by gurl20 on May 2, 2008 at 11:12 pm
jangan risau ida.. mimpi yg awak alami tu x semestinya semuanya petunjuk, kadang2 ianya adalah gangguan syaitan. One more thing, awk kena ingt yg kita suka x semestinya baik untuk kita. Lelaki yang baik hanya untuk wanita yg baik dan sebaliknya
So, same2 la kita perbaiki diri kita kearah yang lebih baik.. w’alam..
Posted by brow on July 11, 2008 at 8:13 pm
apakah
Posted by brow on July 11, 2008 at 8:15 pm
saya mau tanya,aku mau nikah tp saya bingung ada 2 orng yg aku pilih apakah aku hrus sholat istiharo.tlng penjelasaanya???
Posted by manjer on July 30, 2008 at 11:24 am
salam,…
cam maner kita nak confirm yg mimpi tuh is really petunjuk ek… tq
Posted by julie on October 23, 2008 at 5:47 pm
saya da lakukan solat istikharah.2x..n kedua2nya muncul org yang sama dlm mimpi..dan org itu, mmg sy syg.masalhnya dsni, dalm mmp sy tu, die bukan berseorangn malah dgn ppuan lain.. apa mksd mmpi sy tu yer?
Posted by jemi on October 25, 2008 at 9:10 am
Assalamulaikum..tolong betul kan saya jkalau saya salah..mimpi kadang2nya bukan nya jawapan tetapi ketenangan didalam jiwa tu penting bila kita membuat sesuatu keputusan setelah kita solat istikhorah….
lagi pun mimpi kita ni bukannya mimpi para nabi…renung2kan dan selamat beramal…
rujukan..(http://wedding-2u.blogspot.com/2007/12/6-useful-tips-to-cut-wedding-costs.html)
Posted by sitenang on November 6, 2008 at 4:35 pm
assalamualaikum
saya nak tanya saya dah berkeluarga dan mempunyai 5 org cahayamata….sebelum kawin saya ada menyimpan perasaan pada sepupu saya…begitu juga dengan dia …dia penah melamar saya tp saya menolak nya kerana keluarga tidak setuju…dia melamar saya setelah solat istkharah…sepupu saya sudah berkeluarga dan ada 2 cahayamata…tp sekarang setelah 18 tahun kami rapat dan mengetahui bahawa masing2 mempunyai perasaan antara satu saa lain…..saya mg tak boleh melupakan dia begitu juga dia….adakah masalah saya ini membolehkan sya solat istikharah
Posted by hamba allah on December 19, 2008 at 8:16 pm
boleh terangkan lafaz niat solat isti…rah?
Posted by ela on December 22, 2008 at 2:40 pm
g mana crnya mw wat slt ne…
Posted by solehah insyaAllah on January 1, 2009 at 9:05 am
saya mempunyai banyak pilihan…tapi hati saya tak tetap……..bagaimana untuk mendapat petunjuk
spy hati tetap…sblm ini saya ada beristikharah
untuk abang kawan saya…dan jawapannya hati saya
memilihnya…tapi lepas berkawan macam2 berlaku…
saya kini keliru memilih yang manu satu untuk dijadikan suami, memandangkan saya ingin bernikah dahulu supaya terhindar daripada fitnah
Posted by solehah insyaAllah on January 1, 2009 at 9:07 am
mengapa hati tidak tetap pendirian apakah doa
untuk tetap pendirian, atau jodoh saya sebenarnya
belum tiba……
Posted by murni on January 1, 2009 at 4:04 pm
sy pernah melakukan solat istikarah untuk melihat siapa jodoh sy. selepas itu sy bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang saya tak kenal 2 kali. sy musykil jugak betul ke laki tu jodoh sy. tak la kemudian sy bermimpi lg berkahwin dgn lelaki tersebut. dlm mimpi tersebut mengatakan lelaki tu org selatan. baru2 ini sy bertemu dgn lelaki yg seiras lelaki dlm mimpi sy tu ttp lelaki tersebut kekasih kwn sy. sy cuma reda dgn pe yg berlaku.
Posted by juju on January 5, 2009 at 2:32 pm
saya paling tak suka orang yang suka memfitnah orang laen
Posted by juju on January 5, 2009 at 2:32 pm
saya paling tak suka pompuan jahat
Posted by juju on January 5, 2009 at 2:33 pm
saya paling tak suka pompuan suka goda laki orang
Posted by dyana on January 7, 2009 at 9:53 pm
assalamualakum..sy da bercinta dgn lelaki ni da nk masuk 3thn…tp, raye haji yg lepas dier tlah ditunngkn dgn gadis pilihn kluarganya..sy phm ini bkn kehendknya..dier hanye mentaati pilihan kluarganya terutama ibunya..mslhnya, kami dah berjnji sumpah setia yg kami akan idup bersama…dan kami telah pun brcadang nk berkahwin pd tahun ni…semua kluarga sy da tau dgn prancngn ni..malah kluarga nya pun da tau..tp,tiba mereka mengubah pkiran sehingga menjodohkn teman lelaki sy dgn org lain…dan sy msih lg mnjalinkn hub.dgnnya spt biasa tanpa penegtahuan kluarganya…ape perlu sy lakukan…sy tahu teman lelaki sy ini sygkn sy dan tiada kekuatan utk mmbntah desakan kluarga…sy buat solat istikharah,tp sy masih ragu dgn ptujukNya,,,minta bantuan…:(
Posted by larahati on January 16, 2009 at 12:18 pm
salam
Posted by atiey on March 12, 2009 at 8:29 pm
assalammualaikum…
Posted by atiey on March 12, 2009 at 8:30 pm
assalammualaikum..
bagaimanakah cara untuk melakukan solat sunat istikharah dengan betul,pada waktu bila solat sunat istikharah ini patut dilakukan
Posted by lie on April 4, 2009 at 4:44 am
sy baru putus cinta n baru mrisik.pada mulanya kuarga phak perempun bercakap bersetuju tapi tidak samapi sebulan merisik sy ditolak.dikhabarkan kerana kuarga perempuan berkenan pada laki lain.sy munyuskil sy n pasangan sy dah solat isthikharah bersama sama mendatang jawapan yang elokj bagi pasangan sy dia lihat sy, sy plak sy mimpi sy diberi maknan manis n gula..selepas itu kami berjumpa 2 ustaz mereka mengatakan kami ada jodoh kuat tapi tiba2 kuarga perempuan berkenan pada laki lain n pada masa sama memaksa pasangan sy berkahwin ngn laki tersebut n memberi ugutan tidak akan mengendahkan dia lagi kiranya tak berkahwin ngan plihn ati kuarga nya..mcm mana pangan n pendapat saudara semua.
Posted by Jaa on May 18, 2009 at 5:51 pm
assalamulaikum… saya juga telah melakukan beberapa kali solat istiqarah untuk memilih calon pasangan hidup saya, tetapi belum diberi petunjuk, mungkin juga ada kesilapan dan harap boleh betulkan, sekadar untuk pengetahuan bagi saya bagaimanakah bentuk petunjuk yang diberikan oleh Allah kepada kita adakah berupa bayangan atau dalam bentuk apa? seperti mana yang saya tahu kebiasaannya petunjuk yang diberikan oleh Allah kepada hambanya ialah berupa bayangan,,, harap dapat diperjelaskan.
Posted by anis on June 20, 2009 at 2:56 pm
sye ingin membuat solat ni tok memohon petunjuk @pilihan yg betol bg menyambung belajar…
sye xtau nk buat pilihan yg mne tok blaja..smeada nk kje atau truz stdy
Posted by Zara nur sara on June 30, 2009 at 1:35 pm
salam..pd pndpt saya.petunujuk x semestinya melalui mimpi..adakalnya berlaku juga melalui gerak hati kita sendiri. yang penting, semasa solat istikharah kita mestilah dalam keadaan lapang hati dan fikiran. ini bermaksud kita tidak mengharap atau mahu mengelak pilihan itu. apabila telah solat dengan sempurna dan tanpa putus asa,insyaAllah…Allah akn berikan petunjuknya seperti saya yang mula2 ingin memberi peluang pada seseorang,namun saya lapangkan hati dan memohon petunujuk Allah melalui istikharah. akhirnya Allah memberatkan hati saya untuk tidak menerimanya…alhamdulillah,kini saya telah melepaskan dia dan hidup dengan cinta Allah yang amat membahagiakan. suatu hari nanti,bila Allah temukan saya dengan insan yang juga mencintaiNya..pasti saya akan terima…
Posted by iris on July 2, 2009 at 11:26 am
salam…
sy nak tanye,adakah petunjuk solat istikharoh tue kite boleh dalam mimpi?
kalau petunjuk itu dalam mimpi,adakah mimpi itu menunjukkan bayangan bakal isteri@ suami kite ataupun petunjuk laen seperti bukan bayangan orang tersebut?
tolong..tq