Oleh: Muhammad Isa Selamat
Berbagai-bagai bentuk zikir telah dirumuskan oleh para ulama muktabar di dalam rangka menghampirkan diri kepada Allah swt. Zikir-zikir sedemikian pada dasarnya mendatangkan banyak manfaat bagi orang yang mengamalkannya. Salah satu daripada bentuk zikir yang telah dirumuskan ialah Zikir Munajat ini yang diturunkan di sini.
Adalah menjadi suatu amalan yang baik seandainya zikir-zikir seperti ini diamalkan secara istiqamah di samping diperkembangkan di kalangan anggota keluarga terdekat, jiran tetangga dan sahabat handai. Zikir seperti ini jika diamalkan dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab dengan izin Allah dapat membantu di dalam memanfaatkan masa supaya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Mudah-mudahan amalan zikir seperti ini dapat menjadi sumber keberkatan di dalam usaha membina generasi ummah supaya benar-benar menjadi pejuang Islam dan mengingati kebesaran Allah swt. Insya Allah.
*(Boleh di zikir sebanyak mana yang mampu)
—————————————————————
ZIKIR 1
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
ZIKIR 2
Ertinya: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas segalanya.
ZIKIR 3
Erti: Ya Allah, ya Tuhan kami, hindarkan kami daripada azab api neraka
ZIKIR 4
Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki kesejahteraan, dan kepada Engkaulah jua kembalinya kesejahteraan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan dan masuklah kami ke dalam syurga tempat kesejahteraan. Maka berkat Engkau ya Allah, Tuhan kami dan Maha Tinggi darjat Engkau ya Tuhan yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan.
ZIKIR 5
Ertinya: Hamba meminta perlindungan dari-Mu ya Allah, dari syaitan yang kena rejam
ZIKIR 6
Maksud: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segenap pujian untuk Tuhan Pemimpin alam semesta. Yang Pemurah dan Penyayang. Yang Memiliki- Memerintah hari akhirat. Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (jalan) mereka yang sesat.
ZIKIR 7
Erti: Maha Suci Allah dan Pujian itu bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar – (33 kali)
ZIKIR 8
Erti: Allah- Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah- Allah ya Allah- Allah ya Allah, Allah-Allah-Allah- ya Allah, Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah-Allah ya Allah-Allah ya Allah.
ZIKIR 9
Erti: Maha Suci Tuhan (Allah). Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrah kekuasaan-Nya, Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arasy, dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di atas Arasy langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-Nya semua wajah-wajah sujud dan tunduk kepada-Nya.
ZIKIR 10
Erti: Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang Maha Mulia. Tiada sesuatu yang lain di hatiku selain daripada Allah, nur Muhammad s.a.w. - (5 kali)
ZIKIR 11
Erti: Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah – (10 kali)
ZIKIR 12
Erti: Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki. Tuhan yang hak. Tuhan yang benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai – (5 kali)
ZIKIR 13
Erti: Hamba memohon keampunan kepada-Mu ya Allah, sesungguhnya Engkau yg Allah Maha Penerima Taubat – (10 kali)
ZIKIR 14
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah - (3 kali). Muhammad Pesuruh Allah – (3kali).
ZIKIR 15
Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah – (3 kali)
ZIKIR 16
Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah yang Maha Pelembut – (8 kali)
ZIKIR 17
Erti: Wahai Tuhan yang Maha Pembuka. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui – (3 kali)
ZIKIR 18
Erti: Ya Allah – (8 kali)
ZIKIR 19
Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang pernah kami lakukan – (3 kali).
ZIKIR 20
Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami menyesal ya Allah – (3 kali).
ZIKIR 21
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah – (3 kali).
ZIKIR 22
Erti: Ya Allah. Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. Matikan kami ya Allah atas agama Islam – (3 kali)
ZIKIR 23
Erti: Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu cahaya bagi segala cahaya dan penghulu rahsia bagi segala rahsia, pembuka (kunci) bagi segala pintu kemudahan iaitu penghulu kami dan tuan kami Nabi Muhammad. Nabi yang teristimewa dan keluarganya yang suci dan sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat Allah dan semua pejuangnya.
ZIKIR 24
Erti: Telah pun muncullah bulan purnama atas kami. Dengan puji-pujian (sanjungan) kami mengalu-alukan. Ucapan kesyukuran kami ajukan. Seruan Allah kami serukan.
ZIKIR 25 (terakhir)
Erti: Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad. Selawat Allah ke atasnya berserta salam – (2 kali)

























Assalamualaikum wr wb…Salam sejatera di ucapkan.Semoga anda di sana senantiasa mendapat rahmat dari Allah swt amin 3x ya rabbal alamin.
Saya ingin bertanya di sini adakah anda mempunyai wirid untuk seri wajah?
Sekian Wassalam.
Posted by mohd | April 4, 2007, 9:00 amsenyummm laaaa…
tu je petuanya..
amalan yang mudah dan senang
Posted by din | March 18, 2010, 12:47 pmW’salam warahmatullah Mohd,
Thank you for your kind doa. May Allah bless His rahmat for you & your whole family & may you have the place of solihins. Amin.
Your question remind me of my trip to Makkah few years ago. I was about to leave home, and as I strolled along Ka’abah for the last time, feeling very sad, almost as poignant as any goodbyes, I saw this face. The most serene face I’ve ever seen my entire life. He was an old man, not with Greek statue chiselled features, but just a regular old man. He was sitting on one of the pillars, while flipping the Quran. I was mesmerised, almost stunned by the view. And I silently whispered in my heart, it must be the ‘nur’ of iman, that translated to his being, it’s almost difficult to describe with words.
It is evident in the words of Allah in Surah Al-Fath 29, that reads:
“Nabi Muhammad (s.a.w.) ialah Rasul Allah dan orang- orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang salih) terdapat pada muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas)..”
Yakni cahaya atau nur kekhusyu’an mereka, kerana cahaya inilah yang dikatakan memancar dari batiniah seseorang, lalu terpapar dilahiriahnya.
Dari pemerhatian & pembacaan, dapat disimpulkan:
1) Setiap perbuatan ibadah yang lahir dari keikhlasan yang paling tulus, ada hikmahnya. Cahaya keimanan itu terpancar tanpa kita sedari atau kehendaki.
2) Sentiasa kekal dalam berwuduk dan membaca selawat kepada Rasulullah s.a.w.
Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat, dalam keadaan indah berseri serta bercahaya-cahaya mukanya dan anggotanya yang lain dari kesan wuduknya (yang sempurna).” (Riwayat Bukhari 04/138)
3) Istiqamah mengamalkan ibadat2 tambahan seperti solat dhuha, tahajud. Kekal membaca ayat2 Al-Quran & doa2 yg di ajar Rasulullah s.a.w., setiap saat dlm kehidupan seharian. Keluar rumah, dalam kenderaan, semasa bekerja, sebelum tidur dan dalam apa jua aktiviti pun. Ada doa-doa yang khusus seperti di bawah:
Doa sebelum membaca al-Quran
Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau menurunkannya (Al-Quran) dengan kebenaran dan ia (Al Quran) telah turun dengan kebenaran. Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau besarkanlah (kuatkanlah) keinginanku terhadapnya (keinginan untuk mendalami Al-Quran). Dan jadikanlah ia (Al-Quran) sebagai cahaya (penyuluh) bagi penglihatanku dan penawar bagi hatiku. Ya Allah ya Tuhan Kami, Engkau hiasilah (perindahkanlah) lidahku (kata-kataku) dengannya (ajaran-ajaran dalam Al-Quran) dan Engkau cantikkanlah (serikanlah) mukaku dengannya (Al-Quran). Dan Engkau perkuatkanlah jasadku ini dengannya (Al Quran), dan Engkau beratkanlah (penuhilah) timbanganku (timbangan pahalaku) kerananya (Al Quran). Dan Engkau kurniakanlah aku (kemampuan) agar dapat membacanya (Al Quran) kerana mentaatiMu pada waktu malam dan pada sebelah petang. Dan Engkau himpunkanlah aku (di akhirat nanti) bersama Nabi Muhammad yang dilimpahi rahmat dan sejahtera oleh Allah Taala ke atas baginda serta keluarga baginda yang sebaik-baiknya.
Doa penerang hati
Segala puji-pujian bagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.
Ya Allah, Jadikanlah cahaya dalam hatiku dan cahaya pada lidahku dan cahaya pada pandanganku dan cahaya pada pendengaranku dan cahaya dari kananku dan cahaya dari kiriku dan cahaya dari atasku dan cahaya dari bawahku dan cahaya di hadapanku dan cahaya dari belakangku dan jadikanlah cahaya pada diriku.
Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi Allah seru sekelian alam.
***Yang paling utama, niat kita di perluruskan dan hati di murnikan untuk beramal ibadah. Kita perlu bersama-sama melalui proses pembersihan hati yang berterusan. Ibadat, zikir atau doa bukanlah semata-mata untuk kecantikan atau ’seri wajah’ sahaja. Kerana Allah itu lebih mengetahui apa yang terkandung dalam setiap sanubari hamba-hambaNya. Semoga Allah mengurniakan kita amalan yang makbul. Amin
Wallahu’alam.
Posted by nurjeehan | April 4, 2007, 11:14 pmaskm.
sy nak tanya la.. ada tak doa atau zikir yg khusus untuk wanita kedatangan haid? spt yg kite sedia maklum, wanita yg kedatangan haid tidak bole membaca al-quran jadi apa alternatif untuk kite beroleh pahala spt pd hari2 yg biasa kite amalkan.. kite kan tak bole bersolat, tak bole bpuasa,,
tolong bantu saya yerk..
wssalam
Posted by rosnizah | September 12, 2007, 1:43 pmklu datang haid,bulih je baca zikir yang biasa
Posted by ribbon | December 16, 2009, 9:52 amsalam..maaf saya terbaca soalan dari saudari..saya ingin menjawab soalan saudari tapi saya tak tahu samada saudari sudah ada jawapan atau belum bagi soalan saudari tentang zikir semasa haid…saya ingin kongsi sedikit ilmu yang saya tahu..bagi orang yang dalam haid dia boleh berzikir seperti biasa kerana tidak salah dan tidak berdosa berzikir walaupun dalam hadas..wallahualam..
Posted by ustaz abe aji | January 22, 2010, 10:53 amSalam, saya dah bertanya banyak ustaz tentang hal ini ( kerana nak tahu tentang isteri saya), dan mereka menyatakan tidak di benarkan seorang perempuan berzikir dengan sengaja ketika didatangi haid. ada 10 ayat (zikir) dalam Al-Quran yang di benarkan untuk diucapkan org golongan ini, itu pun klu tak sengaja dan perlulah di niatkan dengan berzikir….Dengan kata lain, jika sengaja, tidak ada zikir yang dibenarkan….Bolehlah rujuk pada mana2 ustaz yang lebih pakar…. Salam
Posted by Jasrul | January 29, 2010, 7:55 amsalam
Posted by ajat | October 23, 2007, 8:38 pmsalam.. boleh tak saya tanya.. adakah zikir munajat ini untuk menyampaikan hajat kami kepada allah s.w.t?
Posted by sisterofislam | November 6, 2007, 10:55 amaskum??
sy nak tanye laa??
nape stiap kali sy brzikir sy akan brubah sikap jd seorg pemarah??
tlong bntu sy??
sy x nk jd seorg pmarah??
untuk pngetahuan suadara, sy nie seorg periang sblom nie, tp lpas sy bminat nak blajar zikir sikap sya mula brubah???
sesapa bleh tlong??
Posted by syafiq | November 11, 2007, 1:59 pmTak der satu amalan pun yang akan menyebabkan kiter menjadi semakin buruk.. Cuba check semula niat setiap kali sebelum, semasa dan selepas sesuatu amalan tu kiter buat….kiter perlu memastikan niat kite sentiasa betul…. Antara petua untuk hilangkan marah, ambillah wuduk ketika marah… Sesungguhnya api itu dapat dipadamkan dengan air….Insyaalllah…..Salam
Posted by Jasrul | January 29, 2010, 7:59 amizinkan saya mengambil kata-kata nasihat dari kamu ye…
Posted by zul | April 6, 2011, 9:59 pmAssalamualaikum,saya nak tanya,dimanakah saya hendak mencari ustazah yang boleh mengajar saya dengan lebih mendalam tentang ilmu agama?
Posted by nurul syahidah | November 27, 2007, 12:42 pmAssalamualaikum Nurjehan,
What do you think about this blogger question:
syafiq
askum??
sy nak tanye laa??
nape stiap kali sy brzikir sy akan brubah sikap jd seorg pemarah??
tlong bntu sy??
sy x nk jd seorg pmarah??
untuk pngetahuan suadara, sy nie seorg periang sblom nie, tp lpas sy bminat nak blajar zikir sikap sya mula brubah???
sesapa bleh tlong??
What are your comments?
Posted by mi | November 28, 2007, 8:29 pmsifat marah dlm dr kita adalah satu y azali,sbb ape sy ckp mcm 2.coze bila kito kuar dr rahim ibu,aper kita lakukan,,,,kita menangiskan.kita menangis sbb dggu hidup kita d dlm sana lg bestkan.mkn d suapkan.mnum x payah d pinta,.
Posted by mad over | October 16, 2009, 11:51 amsaya nak tau maksud selawat pelindung diri yang sering dengar di radio, ada sape2 dapat membantu saya?
Posted by rika | January 2, 2008, 10:15 pmDibawah ni maksudnya…
“kami bertawassul dengan nama allah dan dengan petunjuk rasullah dan setiap orang yang arif mengenai allah dan ahli allah, ya allah.
“Ya Allah! Dengan perantaraan kaum yang mulia, cahaya hidayah, dengan perantaraan amalan kebaikan mereka, kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu, ya Allah”.
Fadhilatnya : Barang siapa yang banyak membaca selawat ini setiap hari akan memperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah?perantaraan Nabi Muhammad saw.
Posted by maskodek | January 18, 2010, 10:20 amassalamualikum…
terima kasih atas semua zikir ini.
hannya allah sahaja yg dapat membalas jasa baik anda.
insyaallah
sy akan mengamalkan zikir ini..
walaikumsalam….
Posted by fakhrunnidzam | January 7, 2008, 9:26 pmassalamualaikum…
terima kasih atas sumbangan ini.. secara tak langsung akan memudahkan bagi orang yang malu bertanya akan mendapat sumber rujukanya..
kalau dapat upload suara ( mp3 ) ” Doa-doa selepas solat ” lagi senang kepada yang baru belajar menghafal, al maklumlah bagi yang malu bertanya akan cuba untuk menghafalnya. kemungkinan salah sebutan akan menjadi lain maknanya.
” Kepada yang tidak mahir menghafal boleh doa dlm bahasa yang kita faham, tapi allah lebih suka kiranya didalam bahasa arab.”
Posted by zahir | January 14, 2008, 7:46 pmAssalamualaikum Syafiq,
Itulah sebenar2nya ujian dari Allah. Allah tidak akan memberi sesuatu yang diminta kepada hambanya dengan senang. Dia pasti mengujinya terlebih dahulu. Andainya kamu berjaya melawan ujian dariNya, maka barulah kita benar2 hambanya seperti apa yang kita pohon.
Ujian ini bukan sekali datangnya. Ada ketika, terlintas sahaja di fikiran bahaw kita telahpun mendapat apa yang dihajati, tatkala itulah ujianNya tiba..
Banyakkan sabar menempuh ujian Syafiq. Saya juga mengalami yg hampir serupa dengan apa yang Syafiq, alami dan nasihat yg sama diberikan oleh sahabt saya… dan masih terus melawan ujian yang datang bertentangan dengan apa yang dipohon.
Untuk mengawal marah, cuba Syafiq amalkan ayat Qur’an surah al-Harsh,ayat 21: bermula dengan “Lau an zal na…” (sehingga habis ayat tersebut). Cuba amalkan pd ketika setiap kali datang rasa marah… Insya’Allah.
Posted by intan | January 22, 2008, 5:04 pmtime kaseh..mmg dah lame mencari2 maksud zikir2 dalam bm..
moga2 anda sentiasa dicucuri rahmat Allah
assalamualaikum
Posted by zu | January 30, 2008, 4:13 amBaru2 ni saya betul betul rasa di hukum atas kealpaan saya dalam menunaikan solat. Bukan saja menyesal sebab cinta yang di bina tak dapat bertahan tapi menyesal sebab selama ni saya umpama tido dalam jaga. Sekarang ni fikiran masih lagi kusut dan hati tak tenang. Zikir la menjadi teman bagi menenangkan hati. Tapi saya tak tau kenapa hati masih lagi tak tenteram dan tak tentu arah. Mungkin sebab masih lagi terasa luka yang dalam sebab teringatkan dia. Saya harap dapat teruskan hidup dengan tenang dengan dekat padaNYA. Dah terlalu lama saya tido dan tak jalankan tanggungjawab saya. Adakah sebab dia tinggalkan saya baru saya nak berubah itu saya tak tau. Tapi kesan dari luka ini, saya betul2 menyesal dan sedar, jika Allah nak bagi, Allah juga bole ambil semula. Saya harap saya terus tabah teruskan hidup walaupun tanpa dia, dan jauh di sudut hati masih berharap dia kembali terima saya semula…..tima kasih atas zikir ini, betul2 saya harap saya dapat jadi orang yang lebih baik dari sebelum ini…
Posted by Izrie | January 30, 2008, 4:16 pmhi salam
alhamdullillah…
kepada anda seumua…layari
http://www.kufiart.blogspot.com
untuk melihat kaligrafi islam. sesuai untuk kediaman anda.
hasil jualan akan disumbangkan sedikit kepada mereka yang kurang bernasib baik…
terima kasih
Posted by amen | February 3, 2008, 5:09 pmAsalamualaikum warohmatulohi wabarokatuh
saya mo nanya ,setelah melihat dan membaca ?apakah ini merupakan amalan (sebuah permintaan ) Namun aku bingung semua tak tercantum untuk apa dan bagai mana tujuannya amalan tersebut .karena tlah ada hitungan-hitungan di amalan dan hajat tersebut.
mohon penjelasan dari djikir dan amalan tersebut
terimakasih sebelumnya
Posted by ewon | February 23, 2008, 12:21 amAssalamualaikum….
terima kasih atas zikir munajat yg dipaparkan. kalau ada piihak yg dapat upload alunan zikir munajat seperti yg boleh kita dengar dan lihat seperti di astro Oasis adalah menjadi keinginan saya untuk memperdengarkan ketika melakukan kerja2 sama ada di pejabat atau pun dirumah.
Posted by Juzaili | February 28, 2008, 9:53 amterima kasih saya ucapkan dgn zikir ini hati menjadi tenang
Posted by nasha | March 5, 2008, 9:57 amSalam…bagusla website ni..
sapa yg buat ni moga2, account amalan dia terbuka sampai hari kiamat kelak..ameeen..
Posted by BUrn | April 1, 2008, 5:04 pmSalam
Boleh tak posted doa taubat. Tuan/puan moderator, minta jasa baik untuk tidak siarkan email saya. terima kasih.
Wassalam
Siti
Posted by Siti | June 24, 2008, 9:25 amsyukran jazilan
Posted by adil | July 10, 2008, 12:06 pmassalamualaikum…
pertama sekali saya nak minta maaf kerana copy zikir-zikir ini sebelum meminta kebenaran.saya harap mendapat rahmat dariNYA.
Posted by fadhli | July 19, 2008, 10:46 amAsalamualaikum..
Saya ada terdengar alunan zikir di radio IKIM selepas waktu subuh..
Saya ingin mengetahui nama zikir tersebut dan di mana saya dapat memperolehinya..
Posted by syahidan | July 21, 2008, 8:49 pmsalam…
akhirnya pencarian sya selame ini berhasil jgk…
thanks kt mrk yng wat website nie…
Posted by fatma | August 14, 2008, 4:23 pmsalam..dlm kebingungan dgn keadaan diri saya yang terumbang ambing spt buih, dn dgn perasaan sy yg tidak keruan,.sy menemui laman ini..doakan lah kedamaian buat saya..semoga kasih sayang yang Allah cabut dr hati saya jika ia baik buat saya akan dikembalikan..jika lebih baik utk saya hidup tanpa kasih sayang itu..saya redha..semoga
Posted by noor | August 24, 2008, 3:54 amnamanya sd 14 kuripan selatan
Posted by muhammed rusnan | September 1, 2008, 11:11 amAssalamualaikum…..alhamdulillah akhirnya saya mendapatkan pilihan yang pas pada diri sya…
Posted by muhammed rusnan | September 1, 2008, 11:17 amsemoga awak mendapat keberkatan
Posted by izza | September 16, 2008, 1:09 pmSalam,
Thanks for zikir info..finally I got it…thanks much
Posted by Fakhrurrazi | September 27, 2008, 8:39 amthanks for the zikir..anda mndapat pahala yg berterusan.insyaallah..amin
Posted by fara | January 23, 2009, 4:15 pmassalamualaukum….
sya ingin btanya…
zikir syifa ada tak??
Posted by nurul atiqah bte abu hassan | February 12, 2009, 2:53 pmSaya telah mendapat musibah yang maha berat. Anak yang disayangi telah keluar rumah dan membuat lapuran polis mengatakan saya telah menderanya sepanjang hidupnya dan meminta saya tidak menganggu hidupnya lagi. Sebenarnya dia telah mengikut kehendak guru silatnya yang dipercayai membawa ajaran sesat dan memesong akidah mereka. Guru ini pernah mengugut saya akan mempastikan anak saya kembali kepadanya apabila saya tidak membenarkan anak saya mengikut pergerakannya. Pelbagai usaha saya telah lakukan dan semalam saya telah membuat lapuran di Jab Agama Islam Shah Alam, jawapan amat mengecewakan. Harapan saya sebagai ibu ingin membawa anak kembali kepangkal jalan. Saya percaya anak saya telah dipergunakan untuk kepentingan guru ini. Saya bingung hanya Allah yang bisa membantu saya. Sesiapa yang terbaca dan ada ikhtiar tolonglah saya. Anak saya telah keluar sejak 12.01.09.
Posted by maziah ismail | March 4, 2009, 9:21 ambagi puan maziah ismail,cubalah lakukan solat hajat dan bacalah selawat tafrijiyyah dan selawat allahumma yasir wala tu a’sir.ini selawat yg nenek sya ajar..so far,mmg alhamdulillah.sya cuma amalkan.saya mmg pmpn yg trok,tros trang sya ckp.sya sorang yg ova socialised.xtaw np,mkin lama,mkin sayu hati saya dan saya mula nmpk kecantikan dlm islam.alhamdulillah,pelan2,mkin ok perangai sy.cuma,dalam perjuangan ke amalan baik,pasti ad cabaran dp hawa nfsu trutamany.mslh sya ialah sy susah nk ubah gaya penampilan sya.saya sudah bertudung,tp sukar utk x pakai pakaian yg nmpkkn susuk tubuh.tambahan pula,saya kacukan dan mempunyai latar belakang yg berbagai.n,di sini juga,ingin sya seru bgi semua muslimin dan muslimah di luar sana,utk mulakan satu titik perubahan dalam kehidupan.islam is for everyone.not specifically to the malays..n jgnlh jdi islam ‘celup’.org bkn islam melihat islam melalui penganut.penganut trok,maka perception mereka juga kata agama mereka trok.klo syg islam,cubalah jgn act like non-moslim.so,igt lah,beramal mcm bsk nk kiamat,n tuntut ilmu,n cri rezki mcm nk hidup lama lagi.so,askum,n goood luck wif ur life ppl!=)
Posted by anna | March 16, 2009, 6:29 pmsalam…
sy minat nk dgr certa tntg perbhn dri awk….
bleh crita kat sy x??
Posted by faizal | March 24, 2011, 1:19 am—–S2—–
BismillÃh HirRohmaanir Rohimm
As SALAAMu’alaikum WaRohmatullÃh HiWabaRokaatuh dan Selamat Subuh. y’all.
kepada saudara yang empunya website ini.
jutaan TQVM.
website ini senilai rhodium.
TQVM .
Posted by JR | May 11, 2009, 9:16 pmboleh tak send zikir ni ke email saya.
Posted by ayu | July 15, 2009, 5:43 pmASSALAMMUALAIKUM….
Saya nak tanya amalan apakah yang boleh dilakukan untuk menambah pahala ketika haid..
Posted by nita | August 30, 2009, 2:59 pmAlhamdulillah kerana dapat saya mencari laman web zikir di sini. Bermula dari Ramadhan ini saya akan berzikir selalu selepas solat ataupun di masa yang lapang.
Posted by Mus | September 2, 2009, 8:10 amsyukran coz prepare zikir2 ni….
tambah la dgn pelbagai lagi..,
Posted by khairunnisa | September 4, 2009, 8:57 amAlhamdulillah anak saya dah balik pada pertengah bulan April lalu. Saya sendiri tak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada anak saya. Bila dia pulang kami hampir tidak mengenalinya. Wajahnya bertukar menjadi tersangat buruk, hitam, kotor dan penuh dengan kesan luka baru dan lama terutama dimuka, tangan dan kaki.
Gerak gerinya amat mencurigakan. Cara makannya macam orang dah lama tak makan. Selepas saya berubat dengan beberapa orang ustaz akhirnya dia pulih dan sekaran dia telah mula bekerja.
Alhamdullillah semua sudah selamat.
Posted by Maziah | September 4, 2009, 12:07 pmASSALAMUALAIKUM,
SEMOGA DI BULAN YG MULIA NI… KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN RAMADHAN..INSYAALLAH…, DAH PUAS SAYA CUBA MENCARI TEMPAT UTK MELUAHKAN PERASAAN YG HAMPIR 11 THN SYA PENDAMKAN SEORANG SELAMA BERGELAR SEORANG ISTERI. SAYA BAHAGIA DGN KELUARGA SAYA . SEBELUM SAYA KAHWIN SAYA PERNAH JATUH CINTA DGN SEORANG PEMUDA … SAYA DAH LUPAKANNYA… MASALAHNYA SKRG SETIAP BULAN SAYA AKAN TERMIMPIKAN DIA (1.00 PG – 4.00 PG) DAN SELEPAS TUUU MULALAH BERKHAYAL DAN LEKA SEKETIKA …. KENAPA YE!!!!! SAYA TERUS TAK BOLEH LUPAKANNYA SAMPAI HARI NI RAHSIA NI MENJADIKAN SAYA HIDUP TAK KERUAN SEDANGKAN SAYA DAN SUAMI TAK ADA MASALAH… SETIAP KALI MIMPI JUMPA DGNNYA ITULAH YG MEMBUATKAN SAYA HIDUP TAK KERUAN… YG PELIKNYA BILA SAYA LUPAKANNYA MIMPI TU MUCUL KEMBALI ITULAH RUTIN HIDUP SAYA… MCM MIMPI TU MEYIKSA HIDUP SAYA.. SO SAYA MINTAK TOLONG SANGAT CARA NAK MENGATASINYA.. DAH MCM2 SAYA DAH BUAT UTK ELAKKANNYA… MGKN ADA ZIKIR YG BOLEH MENENANGKAN HIDUP SAYA..
Posted by SALMAHMMF | September 9, 2009, 11:46 ampuan salmah, itu adalah dugaan anda dan syaitan mula mengganggu anda untuk menguji anda..Anda perlu banyak berdoa agar dijauhkan dari gangguan syaitan..
Posted by ana | December 29, 2009, 11:51 pmsend me something that will killing me, like a zikir record plz
Posted by aimin | January 3, 2010, 8:48 amwaalaikummussalam!!!!!
Suhana ingin sangat dapat 5A
jadi berjayakah kalau mengamal zikir2 ini???
Posted by nur suhana | January 4, 2010, 8:04 pmSalam,Terima kasih kerana memaparkan zikir ini dng maksudnya sekali pulak tu.
Izinkan saya untuk copykan zikir zikir yang banyak manfaatnya untuk diamalkan, INSYAALAH.
Posted by Gafa | January 15, 2010, 3:23 pmsaya pun nk tau pasal datang bulan tu sebenarnya boleh ke tidak kita berzikir?ada percanggahan pendapat kat sini?ada ke ustaz @ ustazah yang boleh jawab soalan ni?kalau boleh tolong email kan ke email saya.terima kasih
Posted by mazinah | January 29, 2010, 10:25 pmboleh rujuk pada perunding cara di JAKIM atau mana2 jabatan agama islam….Boleh tgk tyalah ustaz jugak…kerana perkara ni slalu dibincangkan…salam
Posted by Jasrul | February 1, 2010, 9:04 amAssalammualaikum ..saya isteri muda,tetapi sering ditinggalkan suami..suami lebih kepada isteri tua dan anaknya..saya selalu diabaikan..hati saya rasa kosong,batin saya tersiksa..ada tak zikir yg boleh menenangkan hati saya , dan memujuk hati suami supaya berlaku adil dan ingat tanggunjawabnya terhadap saya ..sabar pun ada hadnya hampir setahun saya dilayan begini..tetapi saya terus bersabar..tapi tiap2 hari bertemankan air mata…saya susah nak tido..fikiran saya tak tenang, jiwa saya sakit…harap sesiapa bolh membantu saya….
Posted by Pn Idah | January 31, 2010, 6:08 pmSalam, ada 2 cara: 1- Berbincang secara elok dengan suami, 2- Bawa kes ni ke jabatan agama islam, ada bahagian kaunseling yang akan membantu anda di sana…
Posted by Jasrul | February 1, 2010, 9:05 amAssalammualaikom,
Saya nak minta kebenarkan nak print semua zikir di atas pada yang empunya.
terimakasih
Posted by zamri | February 11, 2010, 1:40 pmAssalamualaikum,
Saya baru buka laman web, amat bermanfaat sekali. Alhamdulillah, terima kasih banyak kepada yang empunya laman web ini.
Posted by Zainal Abidin | February 22, 2010, 11:22 amSalam
Apakah zikir-zikir yang terbaik untuk mengatasi kerusingan,keresahan hati dan untuk menghilangkan kelesuan dan juga menguatkan daya ingatan?
Posted by Addy | April 29, 2010, 6:50 pmassalamualaikum….
thank u….
moga-moga kita dapat amalkan bersama-sama…
nak copy bleh ea?…..
Posted by -poogle- | April 30, 2010, 4:46 pmthe doa was good for us.i like this doa.i think we must add some doa.
Posted by siddiq bin ismail | May 6, 2010, 1:50 pmassalamualiakum…………………………………………….
saya nak tanya zikir apakh yg bleh menenangkn aty kite???????
sy slalu berasa tidk snng d ati ni.sy xtau bagaimana nk selesaikan masalah ni.sy arap tuan/puan dapat menyelesaikn masalah sy ni…
sekian,terima kasih
Posted by suzana bin samsudin | May 6, 2010, 1:56 pmAssalamualaikum….
Saya meminta izin untuk copy semua zikir ini untuk meningkatkan amalan seharian…AlhaMdulillah…
Semoga hidup anda diberkati Allah S.W.T…Saya membaca semua komen yang diberi dan melihat betapa indahnya hidup ini sekiranya kita beramal soleh…Bahagialah kita di akhirat kelak berbanding mereka yang lalai menunaikan segala perintahNYA semasa di dunia yang fana ini…Ingatlah bahawa qada dan qadar tuhan tiada bernoktah sehinggalah kita ke liang lahat…Cuma apa yang perlu kita ingat, segala cabaran dan dugaan itu adalah ujian Allah Yang Maha Besar…Maka kita harus berdoa, berusaha sedaya mungkin dan akhirnya bertawakkal…Semuanya telah tertulis..Terpulang pada usaha kita…Hanya maut tidak dapat diubah…Maka beramallah…Entah esok lusa kita…Dunia ini akan meninggalkan kita..
Allah Maha Mengetahui…
Assalamualaikum..
Posted by Yusz Sg.Petani | May 8, 2010, 3:36 pmas,kum..kedan2 sya sediah dngan hidup sya ne rase hendak lari jahu dari maslah ne..sya sudah bosong hidup dalam perkawenan sya ne? kalalu boleh sya hendak hidup bersedirian je…tapi sya x tahu hendak pegi mana?sya harap puan dapat selesaikan maslah sya ne..wasalam
Posted by norsimah | May 14, 2010, 4:59 pmsalam,
Pertama sekali sebutan askum @ a’kum perlu digantikan dgn perkataan Assalamualaikum @ salam. Perkataan akum adalah gelaran untuk org2 yahudi kepada org2 bukan yahudi yang bermaksud ‘binatang’ dalam bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yg bermaksud ‘hamba-hamba binatang dan orang-orang sesat’. Jadi mulai sekarang jika ada orang hantar shortform ‘A’kum’ @ ‘Askum’ kita perlu ingat kan dia guna ‘As Salam @ Salam kerana ia dari perkataaan ‘Assalamualaikum’.
src : http://pakarhowto.com/cara-bagaimana/cara-betul-memberi-salam.html
segala cabaran dan dugaan itu adalah ujian Allah Yang Maha Besar…Maka kita harus berdoa, berusaha sedaya mungkin dan akhirnya bertawakkal…Semuanya telah tertulis..Terpulang pada usaha kita…Hanya maut tidak dapat diubah…Maka beramallah…Entah esok lusa kita…Dunia ini akan meninggalkan kita..
Allah Maha Mengetahui…
Assalamualaikum..
ps : (sory copy n paste from Yusz)
Posted by azhars1910 | August 30, 2010, 9:59 amSalam. Nak tau, apa nama lagu for zikir 19? Blh youtube ke? Thank youu
Posted by syakirah | June 26, 2010, 5:10 pmAlhamdulillah syukur sy telah dapat apa yg sy cari selama ini.
Terima kasih. Wasallam
Posted by abdul aziz | July 20, 2010, 2:46 pmalikissalam
apa ciri-cirinya doa yang terkabul?
Posted by asmin | July 27, 2010, 11:40 amthanks…..for your mssge
Posted by syakyra | July 30, 2010, 1:41 amterima kasih, sy nak print zikir ni.
Posted by aslida | August 9, 2010, 11:45 amSAYA INGIN ZIKIR YG BOLEH KEMBALI ORG YG KITA SAYANG
Posted by AZIE | August 15, 2010, 8:40 pmZIKIR YG BOLEH KEMBALIKAN ORG YG KITA SAYANG
Posted by AZIE | August 15, 2010, 8:41 pmsalam.alhamdulillah,syukur pada Allah s.w.t.terima kasih x terhingga kpd yg menyumbangkan zikir2. sy nk tanya sedikit, tidak ada ke zikir seperti yg diberi ini boleh di download kt komputer. sambil2 kita bt kerja ke, kt rmh ke,kita boleh pasang untuk mendengar selain kita berzikir sendiri. mendengar pun dikira dpt pahala juga..
Posted by mawar | August 23, 2010, 9:05 amas salam… sy meminta izin utk copy smua zikir di atas…. alhamdulillah, dgn tekanan yg sy hadapi skrg dpt menolong sy utk kembali ke jalan benar.. sesungguhnye manusia xpnh lepas dr melakukan kesilapan…. `YA ALLAH KAU TENAMG KN LA JIWA KU INI……~
Posted by aslinda anua | September 5, 2010, 11:39 amALHAMDULILLAH SEMOGA KITA DI BERKATI ALLAH….ALLLAHUAKBAR…ALLAH MAHA BESAR..TENANGKANLAH HATI KAMI DAN TERANGILAH JUGA HATI KAMI…
Posted by Roza | September 8, 2010, 12:27 pmAssalamualaikum Wa rahmatullahi Wa barakatuh y Muhammad, Alhamdulillah dalam mencari-cari ilmu dalam keIslaman, saya memang berminat dengan Ikimfm radio juga Astro Oasis. Zikir-zikir, nasyeed, Ayat-ayat AlQuran, kata-kata Mutiara dan Nasihat memang dicari-cari oleh hamba-hamba yang mencintai Sang Pencipta….Allah S.W.T yang Maha Agung dan Kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w. Ingin sekiranya dapat saya berkongsi zikir-zikir Munajat yang tersiar di page anda untuk amalan harian juga untuk keluarga dan teman-teman. Semoga Allah merahmati apa yang anda lakukan untuk faedah kita semua, Ameen. Jazakallah Khairan
Posted by Sharliz | September 24, 2010, 1:06 amJazakAllah Khairy. May Allah reward you for sharing those Zikir Munajat
Posted by Sharliz | September 24, 2010, 1:15 amassalamualaikum..
mintak izin nak copy ye, terima kasih saudara atas sudi berkongsi zikir2 ini…
semoga ALLAH merahmati saudara dan kita semua, amin…
Posted by syafeeq | October 6, 2010, 9:18 pmassalamulaikum,
saya sudah lama meninggalkan suruhan Allah,,,masya Allah,Tetapi hati kecil saya sering meronta2 spy diberikan petunjuk olehNya.Oleh kerana meninggalkan sruhan dan perintah Nya, jiwa saya kosong dan masalah dtg bertimpa2. Ttp pd bln ramadhan yg lps, sy terpanggil utk mengubah hidup saya.saya mengangis di tikar sembahyang dan saya bercerita kpd Allah ttg masalah saya dan perihal kerungsingan saya…Allah Maha mendengar dan Dia lembutkan hati saya utk kembali kepadaNya…terasa syahdu kerana Dia sudi mendengar rintihan saya. TETAPI bukn senang utk berubah…kerana SYAITAN sudah berikrar akan menyesatkan manusia.saya gigihkan juga semangat utk kembali kpdNya…Saya berusaha…cari zikir, baca quran, baca buku agama dan mmbaca forum2 ttg Islam dan keagungan Allah SWT…Saya ada terbaca bahawa Allah sgt suka sesiapa yg mengadu masalah kepadaNya dan meminta kepadaNYA..HIDAYAH perlu dicr dan jgn mudah mengalah.rasa putus asa mmg akan dtg kerana dorongan SYAITAN…TTP JGN TERPEDAYA…Selagi ada kemahuan utk berubah bersyukurlah..carilah jln yg lurus…berusahalah…Sebesar manapun dosa kita, besar lagi keampunan Allah…kerana Allah maha pengampun…SubhanaAllah…Anyway, terima kasih kepada moderator blog ini atas skrip zikir yg disediakan…really appreciate it…semoga ilmu yg dikongsi dimanfaat bersama..amin
Posted by diana | November 19, 2010, 1:34 amsyukran atas perkongsian…mohon tuk share ngn sahabat2…
Posted by t2sankaseh | November 27, 2010, 12:33 amsalam
mohon untuk ambil zikir diatas untuk mengajar anak-anak di IKM
Posted by mujahid | November 28, 2010, 3:51 pmsalam..terima kasih di atas perkongsian zikir2 ini…
Posted by nisa' | January 12, 2011, 6:28 pmsalam… saudara saya ingin mengambil kebenaran berkongsi zikir2 ini… terima kasih
Posted by rizal | February 10, 2011, 10:02 amterima kasih.. dah lame bace zikir ni ( dengar kat mp3) tapi tak tahu makne.. semoge lepas tahu maksud.. lebih terkesan di hati bile turut same berzikir.. bukan hanya di mulut sahaja.. wallahualam…
Posted by zukam | March 2, 2011, 6:09 pmas salam. saya minta zikir ni. dah lama saya cari. saya print ye. terima kasih
Posted by murni | March 7, 2011, 12:07 pmsy ambil zikir ini juge..minta izin ye..
Posted by adi muhaimin mohd esa | March 14, 2011, 11:26 pmminta izin, dikongsi di blog ya..
Posted by syafeeq | March 24, 2011, 11:44 pmbyk dpt ilmu
Posted by menn | March 27, 2011, 8:58 amminta izin amik..
Posted by Ain Kahar | April 11, 2011, 9:51 amminta copy zikir munajad
Posted by harili | April 18, 2011, 11:28 amAssalamualaikum….ana izin copi ya zikir” ini utk diamalkan seblmnya terima kasih….
Posted by mulyati | May 13, 2011, 10:51 pmsalam..
boleh saya tahu macam mana nak khusyuk dalam solat??
by the way kenapa susah hati nie nak ingat dengan ALLAH ?
saya hope awak dapat jawab soalan saya….
Posted by dahlia | May 22, 2011, 6:15 pmsalam….terima kasih banyak2……..bertambah ilmu saya……copy ya
Posted by OrangBiase | August 9, 2011, 9:57 amtima kasih… mohon copy untuk dipanjangkan pada student untuk bacaan setiap hari. tima kasih..moga Allah memberkati usaha anda.
yuss
ipoh
Posted by Yuss Yusliza | August 19, 2011, 3:08 pmassalam, terima kasih banyak-banyak, bertambah lagi ilmu saya, minta copy ya..
Posted by ina | October 14, 2011, 11:14 amsalam…nk kongsi sikit…
kebanyakan saya search zikir taubat atau apa-apa zikir, saya akan dapati posting dari rakan-rakan kita mempunyai keratan atau tulisan zikir tersebut dalam bentuk picture(gambar)…
saya baru sahaja taip zikit taubat yg membolehkan kita copy, paste dr blog ke word, excel etc…syaratnya computer anda dipasangkan bahasa arab (arabic language) – nak set:
control panel >> regional and language option >> language >> install file for east asian language
jom ke blog saya dan copy paste zikir taubat…
Posted by mdsaf_kyo | November 3, 2011, 12:17 pmas salam.. mintak izin utk print ye.
terima kasih.
Posted by Haslinda | November 8, 2011, 8:57 amsalam….minta izin untk copy ye..
terima kasih
Posted by salina abd talib | November 16, 2011, 11:16 pmasSalamu’alaikum
Posted by ain ezzamaachh | December 12, 2011, 7:58 pmwaalaikumsalamwarahmatullahhiwabarakatuh
Posted by fiefa efa(nadia nadirah) | January 7, 2012, 3:33 pmasSalamualaikum…
Salam kenal
Posted by ain ezzamaachh | December 12, 2011, 8:01 pmaslam….cam ne erk nk cri mksud ayt hafazan porm 3…’n’ ape nme ayat yng slalu kte bce kt dlam klasss sblowm belajar…harap boleh membantu kmi untuk PMR
Posted by fiefa efa(nadia nadirah) | January 7, 2012, 3:30 pmalhamdulillah dgn zikir segala beben terasa ringan…….hanya dgn zikir hati jadi tenang
Posted by Yuning Kapoor | January 17, 2012, 3:29 pmSalamunalaikum…Dari ilmu amal dan perbuatan itu adalah dari Arrahman ( Al Quran) menuju satu kesudahan terakhir yaitu Hasanah Dunia jua di akhirat, Nama kehidupan itu model hidup Al Madinatulmunawwarah, Dlam ekstensi kehidupan ini ada yg banyak bercita dan berangan sedang arah tujuan hiduptidak di fahami. Allah cipta manusia untuk Tujuannya dari iLMU aL QURAN MODEL SUNNAH RASUL, Maka mengenal makrifah itu Ya ujud ilmu 7 sifat maknawi dari sifat 20juga, kalam itu Al quran menurut ilmu yang membawa hidup kaseh sayang. Tahukah saudari di surah mana kita beradab hidup menurut nya..Lihat dunia islam hari ini, kehancuran arab yakni ilmu yang di import ke asia ini, sudah terbukti hancur akibat Adap ilmu syaitan perusak kehidupan. Adakah tidak kita fikir pada kehidupan hari ini? Manusia itu terdapat 3 jenis nafsunya, 1. Insaniah dari ilmu Arrahman- Alquran sunnah rasul. 2. Haiwaniah, tahunya sama taklik tiada faham al quran itu, macam burung cakap namun tak tahu apa yg di cakapkan, 3. Syaitan, yang sama model hidupnya macam yahudi dan nasara, juga pada para pendukung sistem hidup yang sama itu, ( Dajjal Al Maseh)pembawa fitnah zaman. Dari tingkap hati kita adalah di ketahui rahsianya.? Kemana mahu di bawa hidup ini, adakah mati jiwa atau menghidupkan jiwa dan berbuat tepat menurut mahunya Allah.Sudah kah bersedia menjadi Sabiullah atau hanya berbicara sahaja. Kenal ertinya faham, dan faham itu sama erti pernah berasa, manakala rasa itu nikmat dan nikmat itu ilmu cinta dari kekaseh ( Tuhan) rahsia Tuhan.Takluknya mengenal diri mengenal ilmu tuhan , mengenal arah tujuan hidup sejati sama macam sunnah Rasul terdahuluJua. Tidak berpisah tiada bercerai. Terhimpun keindahan cinta itu darii satu perjuangan ketitisan akhir yang kesudahannya syahidullah ( Fana dalam kehidupan lautan hasanah kasehnya) Mka islam itu satu pemersatu dalam Allah Husamad..Adakah kita hari ini bersatu dalam keteguhan ilmu Allah itu..Maka di mana nilai Ilmu itu berada..? Saya sedang mencari harganya sebuah cinta kaseh Allah itu pada Harganya, hingga kini tiada ketemui….Di mana ?
Posted by Idros warisan Quran lama | February 2, 2012, 3:51 pm