KITA adalah sebaik-sebaik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa.
Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup, antaranya ialah :
- Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
- Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.
- Banyakkan solat sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
- Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah Yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
- Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Musibah berlaku selalunya juga adalah kerana kezaliman diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah dan kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
- Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkatan bahawa badan cergas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
- Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.
- Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama-sama rakan-rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
- Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuru oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.
- Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”. Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Posted by yasser on May 4, 2007 at 8:58 am
Assalamualaykum,
Sedikit pandangan peribadi,
Amalan membaca Al-Quran terutamanya surah Yasiin (Qalbu@Jantung Al- Quran) amat menenangkan jiwa. Sangat mujarab jika dibaca setiap malam. Selain itu, solat sunat tahajud di penghujung malam juga dapat mendamaikan hati. Digalakkan untuk diamalkan setiap malam atau sekurang-kurangnya pada malam Jumaat setiap minggu.
Mengekalkan BMI (Body Mass Index) yang ideal juga penting. Ini dapat dilakukan dengan penjagaan diet (melauli pengambilan makanan halal dan berkhasiat) yang rapi dan riadah yang berkala secara berterusan. Contohnya berjogging atau berenang selama 20 minit sebanyak 3 kali dalam seminggu.
Dalam menjalani kehidupan harian, hendaklah banyak mengingati Allah, berlapang dada dan redha dengan Qada’ dan Qadar Allah. Insyaallah hati akan menjading tenang.
Wallahua’lam.
Posted by azmi daud on May 4, 2007 at 10:29 am
Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi memaparkan tips”Mmenghadapi Tekanan.” Bahan ini banyak membantu saya memberi nasinat kepada pelajar=pelajar saya dalam mengharungi cabaran dunia pelajar masa kini. Terima kasih.
Wassalam.
Posted by Mohamet Firzada on May 14, 2007 at 8:04 am
Assalammualaikum…
Terima kasih banyak2 atas tips2 ini…saya sebagai pelajar universiti selalu menghadapi banyak tekanan dalam pelajaran saya…semoga anda dirahmati Allah…
Posted by LOW WENG CHOON on September 5, 2007 at 4:30 am
Selamat sejahtera. Saya seorang pelajar yang mengambil master education di universiti. Pada tahun depan, saya akan keluar bekerja sebagai kakitangan kerajaan (guru). Semasa belajar, ahli keluarga saya jarang menyokong saya dari segi kewangan dan menyebabkan saya terpaksa pinjam duit dengan rakan serta pihak universiti.
Namun demikian, mereka mengharapkan pelbagai bantuan daripada saya selepas keluar kerja nanti yakni memberi mak duit melancong dan sebagainya…
Dengan itu, saya berasa tertekan dan ingin meminta posting ke sabah atau sarawak nanti supaya jauh dari mereka. Di sini, saya ingin meminta nasihat dari pihak tuan.
Posted by nebula on September 26, 2007 at 11:12 pm
assalamualaikum.. terima kasih atas nasihat di atas.. kadang2 susah nak cari orang yang kita percaya dan agak susah untuk meminta bantuan orang lain.. kadang2 bila terpaksa buat kerja sorang2. memang tertekan.. syukran atas nasihat yang diberi..
Posted by indry on September 28, 2007 at 10:33 am
assalamualaikum wr wb.
Saya adl plajar SMA kls 2. Smenjak SMP saya slalu terbebani dg berbagai msalah shg mbwt prestasi blajar mnurun. Skrg saya sdh mulai mcb unt bangkt,tapi cobaan dmi cobaan slalu saja membuntuti saya,di bulan romadhon ini saya slalu berdoa smga saya bsa menghdpi smw ini. Saya sdh sbr & sbr tp mslah itu tak knjg slesai,kmrn swaktu plg saya mdgr low ibu sy skt jantg yg mbwt sy smakin ttkan. tlg pdpty
wassalam……….
Posted by aleesya on October 17, 2007 at 2:26 am
Assalamualaikum..saya berusia 19thn dan masih menuntut di sebuah kolej.Sejak kebelakangan ini saya selalu bermurung diri dan sukar tidur malam.hampir setiap malam juga sya menangis.saya juga menjadi seorang pemarah…apakah pandangan anda terhadap masalah yang dihadapi oleh sya ini?adakan ini gejala bagi mereka yang menghadapi masalah mental?
Posted by Fauzan Ibrahim on October 17, 2007 at 3:32 am
Saya sarankan kepada yang berkenaan mengenai sukar tidur atau terganggu ini buat terlebih dahulu apa yang tertulis dalam artikel ini seperti di atas. Tips di atas kebanyakan memberi kesan pada aspek psikologi dan semangat seseorang yang amalkan tips tersebut.
Dari aspek mengurus diri dan masa dapat dilihat bahawa budaya ‘First Thing First’ amat menguntungkan ramai. Ia beri kelapangan fikiran dan tenaga badan.
Beban fikiran berlaku sebab terdapat perkara yang tidak utama dibuat dan memenatkan badan. Tiba waktu kerja utama, beban akal dan badan telah bertambah dan berasa berat sebab tenaga telah terbazir pada yang tidak utama.
Rehat yang cukup serta pemakanan terjaga penting contohnya tidur sebelum jam 12 malam. Ia membantu badan dan otak dalam memperolehi tenaga sepenuhnya dihari berikut agar sentiasa cergas.
Positif dengan diri!
Sekian sepuluh sen dua puluh sen dari saya…
Posted by zuera on November 9, 2009 at 1:04 pm
saya terlalu sensitif