Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (UKM)
SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.
Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.
Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.
Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.
Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.
Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.
Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.
Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.
Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.
Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.
Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.
Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.
Posted by Tiara on June 13, 2007 at 4:11 am
Mungkin tidak semuanya orang barat mengagumi Salahuddin Al Ayubi sebagai seorang yang pemberani, pahlawan, dan seorang yang tidak perlu dipertanyakan lagi kesholehannya.
Karena dari beberapa film mengenai perang salib yang diproduksi oleh holywood, digambarkan bahwa Salahuddin Al Ayubi adalah seorang yang kejam dan bengis dan tanpa ampun dengan lawan2nya, sedangkan panglima dari pihak nasrani adalah orang yang suka kedamaian dan menghadapi musuh lebih bijaksana, hingga perdamaian terwujud atas usulan dari pangliman nasrani ini.
Andaikan, orang Islam membuat film ttg kejayaan Islam pada masa Salahuddin Al Ayubi.
Btw. Salahuddin Al Ayubi adalah salah seorang tokoh idolaku
Posted by kai on August 31, 2007 at 9:56 pm
to tiara
tidak juga. ada antara filem barat yg menunjukkan sikap mulia Salahuddin dan sikap kebinatangan tentera salib seperti seperti filem kingdom of heaven
Posted by Melodi Jihad Hati « B e r j a l a n on October 11, 2007 at 12:40 am
[...] Barat Kagumi Kehebatan Salahuddin Al Ayubi [...]
Posted by afiq on November 11, 2007 at 6:57 pm
salam semua…
betapa tinggi perngorbanannya buat islam…
semoga akan lahir lagi muslimin sejati sepetinya…
Posted by cheewah on November 30, 2007 at 10:24 pm
begitu lah kita dapat saksi kan bertapa tinggi nya semangat sultan salahudin tuk menawan jerusalem semula dari pada gengaman kristian n kita juga dapat melihat sifat peribadi yang mulia yang telah ditunjuk kan oleh sultan salahudin al ayubi tau yusof al din sehingga dapat membuka mata dunia kristian tuk menkaji tentang sejarah kehidupan sultan salahudin ini… harapan kan ada lagi org cam sultan salahudin pada zaman moden ini tuk menawan semula jerusalem yang kini tlh dirampas oleh org kriatian….
Posted by Fian on January 16, 2008 at 10:06 pm
sultan salahuddin al ayubi adalah pahlawan kejayaan islam yang tak akan pernah saya lupakan
Posted by Botak on January 31, 2008 at 5:08 am
salam semua,
Sultan salahuddin al ayubi merupakan seorang pahlawan Islam yang berani dan mari kita doakan supaya dilahirkan lebih ramai lagi macam beliau buat masa sekarang.
Posted by lanunpairet on March 2, 2008 at 5:34 pm
Alhamdulillah, Rasa2nya berapa ramai umat Islam yang kenal dengan beliau, Keberanian, ketegasan dan sifat2 kasih sayang yang tinggi yang dimiliki beliau dalam mempertahankan Islam.
Posted by hamas on March 4, 2008 at 2:59 pm
786,syukur…krn ada org yg mahu mgambil pelajaran & pngajaran drpd insan junjungan ini…kesedaran kita terhadap sejarah ini amat penting sekali utk mengajar kita pada waktu ini…jadi marilah kita sama2 bangkit menegakkan islam di tmpat yg sepatutnya…tetapi gunakan lah ilmu bkan dgn kekerasan…
Posted by alfian on March 10, 2008 at 12:41 pm
merebut jerusalem dr tentara salib adalah salah satu prestasi terbaik beliau, namun kita liht sekarang tempat suci umat islam tersebut kembali di obok2 oleh para Zionis Israel, semoga kelak lahir kembali manusia seperti beliau. amin
Posted by fara on March 13, 2008 at 3:31 pm
aku coba mengkhayal seandainya panglima besar ini ada di indonesia di tengah-tengah kita, oh pasti aku rela jadi pasukannya yang berada di barisan paling depan meskipun aku cewek sich. apa mungkin pamornya jenderal sudirman bakalan kalah ya? kalau menurutku walaupun mereka sama-sama berjuang mengusir kafir penjajah tapi aku nggak yakin akan semangat yang mendasari perjuangan masing-masing pejuang. salahuddin pasti berjuang untuk menegakkan kalimat allah dimuka bumi ini sedangkan jenderal besar kita ? semangat nasionalisme-kah? aku tidak tahu tapi aku berharap semoga dia mati syahid.
selama aku tinggal di negeri denghan jumlah umat islam terbesar ini, aku tidak pernah menemui ada sosok panglima yang selevel dengan salahuddin. sebab aku tidak pernah mendengar ada panglima indonesia yang menyerukan akan jihad.
apa perintah jihad yang diserukan ALLAH sudah terlanjur kadaluarsa ditengah-tengah membabi-butanya musuh-musuh allah dalam memerangi islam?
TEGAKKAN HUKUM ALLAH
ALLHUAKBAR
Posted by kapt shahril on October 12, 2008 at 12:24 pm
aku mahu pemimpin dan pang5 mcm Salahudin.
Posted by syasya on October 13, 2008 at 11:34 am
salut! pejuang islam yang patut kiya banggakan
Posted by IMAN NAJWA on October 16, 2008 at 9:15 am
Pemimpin macam nilah yang diperlukan pada zaman skrang kerana memimpin bukan untuk kepentingan peribadi tapi untuk berjihad di jalan Allah….Sebaliknya pemimpin sekarang ramai yang terlibat dengan rasuah…Sebabnya kita,manusia akhir zaman tidak berpegang pada tali Allah iaitu Al-Quran dan Hadis.
Posted by lutfi on October 24, 2008 at 12:56 pm
ahlan laala nastati’ an na’khuda ibarotan wa i’tibaron minhu alaihis salam. Yanbaghi lana bi kulli juhdi wa sa’yin. alaika/ki tanbihat wa ihtiyaat bil hadihi al qishoh al musyaroofah. hubbul wathon minal iman ainama kunti,udkuri laisal fata man yaqull hadza abi lakin al fatta man yakul ha anadza, amin barakalahu laki wa sollalohu ala muhammad. syukron kitsiir. (al faqir ‘inda roob al jalil).
Posted by sukainna hanni habib lutfi bin hasyim bin Yahya-kanzuz sholawat Pekalongan on October 24, 2008 at 1:11 pm
sosok pengejewantah “rohmatan lil alamin” harus diberdayakan dimananapun gen-muslim berada.Hikmah dan ni’mah dr kisah Roisul Juyus as solah ad diin bukan sekedar kekerasan “mental, wacana, opini, pola pikir” lebih dalam lagi kemampuan dan kemauan pribadi muslim membela humanisme( human being), insaniyyah apapun agamanya. Islam diturunkan untuk mengangkat “ukhhuwah” dan ‘musawah” itulah sebenarnya misi Islam. Dengan berakhlak mahmudah, santun, menghormati para salafus sholih, menyayangi yang lebih lemah, dekat dengan yang tak berdaya itulah jihad dan ghozwah sesungguhnya. Perang-perang-perang simpul sporadis dari hakikat “ketakberdayaan” insan menghela “nafsu”. Nafsu menggeliat karena tidak ada ketenangan. Ketenangan berawal dari qolbu. Qolbu tenang sebab diberi nutrisi ruhani. Memperbanyak sholawat shollalohu ala sayyidina wa habiibina wa rosulina muhammad abba az zahro’ wa mujahid as shohro’, mendekati para pinisepuh alim ulama,semoga the young shalahuddin akan lahir di negeri ini. Allohumma Amin
Posted by muslim on December 30, 2008 at 12:01 pm
setahu saya lecturer saya ada ckp..
sewaktu nak pimpin bala tentera…
time tuh commander tanye…
sapekah yg tidak pernah tinggal solat tahajud sejak baligh..rupe2nye salahudin al ayubi lah orgnye
..solat tahajud nih buat kite ade tenang dlm kehidupan dan Allah swt akan berikan kite 1 aura
utk memudahkan kerje kite
so jomlah ramai2 kite solat tahajud di waktu malam…
tq
Posted by majid on September 9, 2009 at 5:58 am
bukan…pembetulan…
mmg salahuddin merupakan seorang wira dalam islam..
ttp yang tidak pernah meninggalkan solat tahajud ialah sultan muhammad al-fatih, pemerintah dinasti turki uthmaniyah
penakluk constantinople…
beliau pernah dikatakan oleh baginda rasullullah bahawa bumi constantinople ini akan di kuasai oleh sebaik -baik tentera dan sebaik-baik raja…
Posted by ibn_mumtaz on January 23, 2009 at 7:52 am
aku amt kagum dgan Beliau..!!!!
jika beliau msih hidp,psti Amerika dan Israil x akn brani menyrang ngra2 Islam…
Allahuakbar!!!!!!
Posted by supenson on January 24, 2009 at 1:19 pm
seharusnya pemimpin islam b’sikap sprti al ayubi,jangan diam ja palastina dibantai
Posted by Zulkifli Osman on January 25, 2009 at 7:12 pm
pemimpin-pemimpin negara islam penakut dan hanya memenuhi tuntutan hawa nafsu sahaja..nama saja islam, berbangga dengan keturunan tapi hanya mampu dan tengok sahaja sedara sendiri di palestin di bunuh dan disiksa..sbb apa?? sbb tak kuat aqidah terhadap Allah dan RasulNya, semua org boleh mengaku dgn lidah bhw dia itu Islam tp…sendiri mau pikirla…palestin dah hancur baru nak bagi sumbangan derma untuk beli ubat dan makanan…tak bolehkah negara kaya mcm saudi declare terang-terang ini bantuan senjata, bom dan jet pejuang khusus untuk sedaraku berjihad di palestin…takbir!!!!
Posted by mazarief on February 24, 2009 at 12:47 pm
Seharusnya memang Islam bersatu. Sehingga tidak ada istilah Indon di malaysia. Yang ada hanyalah Indonesia
Posted by Mencari sasaran « telaten-weltanschauung (dulunya telaten) on March 9, 2009 at 6:20 pm
[...] adakah mereka yang sering mengatakan bidaah itu telah menunjukkan contoh kejayaan seperti Salahuddin al-Ayubi yang juga disegani oleh kawan dan [...]
Posted by AIZAT on March 13, 2009 at 8:57 am
sy brasa sngguh bangga dgn salahuddin al ayyubi krana dgn kebijaksanaan,beliau dpt menawan semula BaitulMAQDIS……ALLAHUAKBAR!!!!
Posted by bobo on June 3, 2009 at 9:07 pm
pemimpin sekarang hanya pandang pada wang sahaja….hukum al-quran x relavan untuk masa sekarang….islam apakah ini? al-quran buku cerite?.al-quran untuk dibaca-baca?..bangkit lah wahai pemimpin islam (surah an-nur ayat 1)
Posted by Haikal on August 18, 2009 at 1:48 pm
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
Posted by aufa on August 18, 2009 at 7:33 pm
semoga.salahuddi al-ayubi tidak hanya menjadi dongeng romatisme kejayaan Islam masa lalu.whai musyafir kelana……….sudah saatnya engkau bangkit…,Allahu akbar!!
Posted by try 2 b d good musliim on August 24, 2009 at 12:10 pm
pemimpin skrg tdak gunakan alQuran n sunnah sbgai pegangan n panduan, perlembagaan dipentgkan. semoga akan muncul pemimpin sehebat SALAHUDIN AL AYUBI untuk mentadbir negara2 islam.amin….hidup islam, (semua melayu bukan islam, islam pada IC)
Posted by Abdul Azis Hunta on September 1, 2009 at 8:44 pm
Semoga Amal ibadahnya mendapat tempat yang layak di sisi Allah SWT..Amin…
Posted by hamba on September 16, 2009 at 1:21 pm
assalamualaikum
boleh saya dapat kan sumber rujukkan anda…means nama buku yang anta gunakan…