Panel, UM 31-Aug-2007
SOALAN :
Saya mengalami tekanan akibat sifat iri hati dan dengki. Tetapi tidaklah sampai tahap mencari pergaduhan, bermusuhan atau berdendam. Saya sukar mencari ketenangan apabila diri dikuasai perasaan ini.
Apakah amalan yang dapat menyembuhkan daripada sifat buruk ini?
JAWAPAN :
Nabi mengajar kita sepotong doa yang bermaksud:
“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam mentaati-Mu dan tetapkanlah hatiku dalam menurut agama-Mu”. (Musnad Abu Ya’la al-Musiliy, jld:10, no. hadis:4700, hlm:85 dan Ahmad, jld:19, no. hadis.9052 )
Hati kita perlukan imunisasi ataupun perlukan ketahanan untuk melawan gangguan syaitan yang menyasarkan serangannya pada hati manusia. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (al-Ra’d: 28).
Hati merupakan komponen yang kita miliki, dalam masa yang sama kita tidak dapat mengawalnya. Selalu sangat hilang kawalan. Nabi s.a.w. ibaratkan hati sebagai raja dalam tubuh badan kita. Kerana kerjanya mengarahkan kita untuk melakukan sama ada yang baik mahu pun yang jahat.
Cara terbaik dalam merawat hati kita selain dengan zikrullah ialah, memperbanyakkan membaca al-Quran, selawat ke atas Nabi s.a.w., menjauhkan diri dari makanan yang ada unsur syubhat dan menghadiri majlis-majlis ilmu.
Apa yang pasti hati yang penuh dengan perasaan dengki, benci, dendam kesumat, memendam kemarahan akan menjadi penyebab kepada terhalangnya rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud:
Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik). (al-Syua’raa: 89).
Hati yang rosak dan berpenyakit tidak boleh dibawa menghadap Allah s.w.t.
SOALAN :
Bolehkah kita makan red/white wine vinegar kerana apabila alkohol dimasak pada suhu yang tinggi kandungannya berubah?
JAWAPAN :
Hukum dibina dengan melihat kepada sifat asal bahan minuman itu, yang memang pada mulanya ada alkohol. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Arak itu sama ada sedikit ataupun banyak ia tetap haram.” Dalam hadis yang lain baginda bersabda yang bermaksud: “Setiap yang memabukkan adalah haram dan setiap haram itu adalah arak.” (Riwayat Ahmad, jld:1, no. hadis:353 ).
Biarpun sifat arak itu berubah daripada memabukkan kepada tidak memabukkan ia tetap dihukum haram. Lebih-lebih lagi apabila wine vinegar digunakan untuk menyediakan makanan. Paling tidak pun ada yang berpendapat bahawa penggunaan wine vinegar adalah subahat. Bukankah shubhat itu hampir kepada haram? Bagi pandangan saya penggunaan wine vinegar adalah haram kerana ia termasuk dalam jenis arak.
SOALAN :
SAYA agak keliru dengan hukum mewarnakan rambut selepas terdapat tanda halal, adakah perlu kita bimbang dengan perkara lain?
JAWAPAN :
Tanda halal yang terdapat pada sesuatu produk hanyalah makluman bahawa bahan yang digunakan dalam menyediakan produk tersebut tiada bahan haram yang digunakan. Adapun penggunaannya itu persoalan lain.
Adapun hukum menggunakannya adalah persoalan yang lain. Hukum lain dilihat dalam menggunakan bahan pewarna tersebut, adakah bahan tersebut boleh menghalang dari air sampai ke anggota wuduk?
Jika bahan yang digunakan itu halal tetapi apabila digunakan untuk mewarna rambut boleh menghalang air daripada sampai ke anggota wuduk maka hukumnya haram.
Hukum ini adalah untuk mengelakkan orang Islam menggunakannya sehingga boleh menyebabkan tidak sahnya wuduk, sekali gus menjadikan solat tidak sah.
Posted by pearl on September 1, 2007 at 2:23 pm
assalamualaikum.saya nak bagi sedikit tips dalam menangani masalah amarah,hasad dan iri,kita kena yakin dengan pertolongan ALLAH.bila kita ingin berubah kepada KEBAIKAN itu ALLAH sudah tahu dan DIA MAHA MENGATAHUI PASTINYA.jadi yakin ALLAH akan tolong.Selalu berdoa agar ALLAH menolong kita untuk mengurangkan seterusnya menghindarkan diri kita daripada sifat itu.ambil wudhu, ketika hadirnya perasaan itu.Manusia ini banyak khilafnya tiada yang ssmpurna tapi berusahalah untuk ke arah ituYakin pada pertolongan ALLAH.memang semakin kita dekat dengan ALLAH makin banyak ujian itu tanda ALLAH SAYANG PADA KITA DAN BERTUAH DAN BERSYUKURLAH DENGAN TIAP-TIAP PEMBERIANNYA
Posted by FaisaL on September 4, 2007 at 7:08 am
izinkan dipetik (copy+paste) persoalan pertama (mengenai hasad dengki) untuk dikongsi.. insyaAllah.. jazakillahu khairan kathira..
Posted by Dengki dan iri hati.. « catatan seorang pengemis.. on September 4, 2007 at 7:19 am
[...] artikel asal di Mutiara Hati di bawah entri bertajuk Rawat hati dengan zikrullah. [...]
Posted by sue on September 4, 2007 at 3:32 pm
salam ukhwah….. kak nurjeehan….saya nak tanya…. blh ker kita zikir (tasbih, tahmid, takbir ngn istigfar) tapi tengah period….. sbb ALLAH suka kalo kita slalu ingat DIA…lagi pun Rasulullah pun istigfar 100 kali sehari jde kita perlu contohi dan jdekan amalan istigfar setiap hari….. persoalan saya, blh kah kita perempuan yg thg dtg bulan ni zikir n istigfar???
Posted by teman on October 12, 2007 at 4:31 pm
zikir semasa datang bulan bg wanita adalah digalakkan.insyaAllah.Itu yang termampu untuk mendekatkan diri pada Allah.Tak semestinya datang bulan,semua tak boleh buat..
Posted by Adhwa' on January 27, 2008 at 8:54 am
assalamualaikum
sy nak tnya bagaimana cara yg terbaik utk berinteraksi dengan org yang berlawanan jantina tanpa melanggar batas syarak dan apakah hukum sms dgn org yg berlainan jantina yg sekadar kawan dan tdk menyentuh isu yg berkaitan perasaan dan sbginya…