Oleh Mohd Zawawi Yusoh
PADA pertemuan yang lalu kita membincangkan mengenai khusyuk dalam solat yang merupakan tujuan utama dalam ibadat solat.
Saya hidangkan beberapa tip yang diperturunkan ulama yang menikmati keindahan dan kenikmatan khusyuk. Hari ini kita sambung lagi dengan beberapa tip semoga dapat membantu untuk kita juga sama-sama menikmatinya.
Cerita kenikmatan khusyuk ini pernah seorang teman mengadu kepada saya satu petang sejurus selesai sahaja solat sambil menangis bertanya mengenai apa yang dia rasa dalam solat Asar.
Katanya, “Saya tak pernah rasa apa yang saya rasa petang ini tenang sangat hening dan syahdu.”
Dalam linangan air mata beliau bertanya adakah ini khusyuk? Saya terpaku dan rasa malu kerana dia bertanya dalam keadaan menikmati sedangkan saya hanya ada teori?
Selepas beberapa hari beliau bertanya lagi, kenapakah perasaan yang dinikmatinya tak jumpa ‘line’. Adakah dia banyak dosa? Atau susah sangat nak jumpa ‘line’.
Selepas saya beritahu beberapa tip, katanya barulah dia jawab tak lama selepas perasaan yang dia rasa dulu kerana ‘terjumpa’ dan bila sudah jumpa kaedahnya barulah dia banyak kali merasainya.
Antara tip-tip untuk khusyuk lagi ialah :
- Ketika solat kita mesti beritahu hati betapa bahayanya sekiranya kita tidak khusyuk. Kerana kalau tidak khusyuk nanti solat tidak punya upaya mengubah perangai dan akhlak buruk yang kita lakukan.
Dalam al-Quran Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya solat itu boleh mencegah fahsya’ dan mungkar.” Kalau masih berterusan berdosa kita dalam keadaan bahaya. Dosa ke neraka. Solat tapi tak berubah adalah bahaya.
- Kita mesti hadirkan tiga rasa iaitu al-tolab (dalam solat kita hendak minta-minta dengan Allah.) Sebab itulah bacaan dalam solat semuanya ada unsur meminta dengan Allah, seterusnya kena ada rasa al-khudhu iaitu rasa hina diri, apabila rukuk rasa hinanya diri lebih-lebih lagi ketika sujud, kemudian kena ada rasa al-takzim (betapa agungnya Allah).
- Kena ada rasa bertemu dengan al-Rasul terutama ketika membaca tasyahud. Ayat yang kita baca assalaamualaika… seolah kita berada di hadapan nabi.
- Bacaan tasyahud juga perlu digambarkan seolah kita sedang menghadap Allah.
Bacaan inilah yang dibaca oleh al-Rasul ketika menghadap Allah ketika peristiwa Israk dan Mikraj.
- Dalam sebuah hadis, Allah sangat berbangga apabila mendapati solat hamba-Nya yang khusyuk. Jadi beritahu hati kita betapa kecewanya Allah kalau kita main-main dalam solat.
Antara tip khusyuk solat selepas selesai solat ialah :
- Kita hendaklah banyak membaca istighfar selepas selesai solat. Minta ampun kepada-Nya segala kelalaian ingatan dan perbuatan.
- Jangan lupa berdoa lagi supaya Allah beri kekuatan untuk bersolat lebih berkualiti pada solat yang akan datang.
- Kita juga jangan lupa perkataan salam yang kita baca sebagai penutup solat adalah janji kita mahu jadi orang yang akan menunaikan segala ikrar yang kita ucapkan ketika solat. Salam juga maknanya kita hendak menjadi orang yang selamat dan menyelamatkan.
Cakap kita tidak mengganggu orang, perbuatan kita tidak menyusahkan orang, dengan kita keluarga selamat, syarikat selamat, negara selamat dan selamat dunia akhirat.
- Barang diingat tanda utama solat yang khusyuk ialah akhlak yang baik. Jika solat banyak tetapi akhlak tidak berubah itu indikator solat tak betul. Semoga kita khusyuk dalam solat.
Posted by pearl on October 1, 2007 at 6:29 pm
assalamualaikum
thanks sebab sediakan artikel ni terima kasih banyak-banyak….ia sangt berguna untuk saya juga pasti untuk semua……………..BARAKALLAHUFIKI
Posted by initrah on October 2, 2007 at 1:12 pm
yup..ianya sangat berguna, tq to the author, perbanyakkan lagi ilmu2 seperti ini..
Posted by sue on October 2, 2007 at 3:03 pm
salam…..mcmna pula…kalo, mula2 kita cuba khusyuk ngn baca terjemahan bacaan dlm ati ngn apa yg kita baca…. tetiba tanpa sedar….ada lintasan2 dlm ati kita tang apa yg terjade spanjang ari kihidupan kita td…@ pun kekdg terlintas pula filem2 yg kita tgok dkt tv….tp bila kita sedar…kita cuba balik tuk tumpukan sepenuhnya ngn terjemahan ayat yg kita baca…. adakah tuhh salah n termasuk dlm ktogori x khusyuk gak…. sedangkan abes solat kita akan rasa kesal sbb lintasan2 ati td…. solat kita td tuhh diterima dlm golongan khyusuk, w/pun dtg godaan seketika cuma?????
Posted by teman on October 19, 2007 at 9:54 pm
Apa perasaan anda bila melakukan sesuatu,tetapi tiada balasan..hanya penat dan lelah?Wajarkah kita mengharapkan balasan daripada Allah?
Berpuasa,tetapi hanya lapar dan dahaga..bertahajjud tetapi hanya penat dan mengantuk..sembahyang tetapi tiada perubahan dalam perbuatan.Alangkah ruginya.
Bg sue,cuba perbaiki solat nya..teman pun begitu juga..seringkali berlaku sedemikian kerana kita ini manusia yang lalai..
p/s Sebagai manusia,sudah pasti kita akan lalai dalam melakukan sesuatu..Oleh itu perkara yang utama ialah cuba elakkan lalai dalam beribadat,jaga ibadat kita,dan bersungguh dalam beribadat.Insya’Allah.
Posted by fazehan on January 10, 2008 at 11:23 pm
assalamualaikum…
saya bersyukur krn dberi kesmpatan tuk melewati laman ni…
at least i cn improve my ibadat….
saya sgt bertrima kasih pd yg mewujudkanny
Moga ALLAH membrkati kalian..
maaf saya ad satu persoalan:
saya terbaca kata2 Imam Nawawi spt brikut:-
“Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.”
dan soaln sy kata2 ini dluahkan olh siapa?beliau sndri @ baginda Rasulullah S.A.W.
Posted by azmi bin abd aziz on April 6, 2008 at 11:35 am
Ya sallam…..saya suami isteri pernah manghadiri kursus solat kusyuk di spore yang di anjurkan oleh UST SHAFI NURUL ANUAR.Kursus di adakan di hotel Furama.Ia berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga jam 9mlm.Ada break ada game, ada kelakar, ada seram,ada takut,ada gembira, ada yang pengsan bila mendenagar UST ngaji.Solat zohor,asar dan magrib di dalam hall tu juga.Rata2 para peserta semua puas hati dan kami semua faham akan aoa yang di sampaikan oleh UST.Kalau pergi google search engine cari “USTAZ SHAFI NURUL ANUAR”…ALLAH BERADA DI MANA2.THANKS RGDS AZMI /JUNAIEDAH
Posted by azuna yusof on April 26, 2008 at 3:27 pm
Assalamualaikum..saya nak perbaiki diri ni..byk sgt dosa2 yg saya wat slama 22thn..saya nak jadi sorang yg btl2 baik..saya xtau sgt tip2 perbaiki diri…
Posted by atip on August 27, 2008 at 2:38 pm
Assalamualaikum,
Alhamdullilah, bingkisan yang baik untuk tatapan semua…
Semoga usaha ini akan di berkati Allah S.W.T.
Amin!
Posted by proud to be teacher on February 28, 2009 at 5:54 pm
Assalamualaikum ukhti..
masalah ana yg selalu timbul bila nak solat je…nak buang angin…
klu x solat x pula nak kluar angin.
Kwn2 kte i2 keje syaitan.. nak bg was was..
ana fhm…tapi mslhnya angin yng nak kluar tu memang nak kluar (ada bukti kluar).
Kdg solat smbil thn….
klu x… xsmpt ikt jemaah..
Dlm solat plak slalu lupa bilangan rakaat..
Kdg2 sy perlu 1/2 jam untk solat.
Batal wudhu’, lupa bilangan rakaat…
Ana Malu dgn dri sndri…