Mutiara Hati*


Pembesar Melalaikan Solat
October 25, 2007, 11:00 pm
Filed under: Akhlak & Adab, Akidah, Hadis & Pedoman, Iman & Tauhid, Tafakur (Muhasabah), Tazkirah | Tags: ,

Hadith :

Dari Abu Dzar r.a katanya: ”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: ”Bakal terjadi sesudahku, di mana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagimu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu.”
 
(Riwayat Muslim)

Huraian :

  • Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk dalam beribadat, mereka akan merasa berat dan terbeban dengan solat. Orang begini tidak akan menunggu waktu solat. Malah jika mengerjakan solat sekalipun, ada perkara lain yang diagung-agungkan yang menjadikan fikiran dan jiwanya tidak tertumpu kepada Allah S.W.T.
  • Contohnya orang yang merasa sayang untuk meninggalkan kerja-kerjanya. Orang begini tentu berat dan susah mengerjakan solat kerana terlalu sibuk hingga mereka menjadi lalai. Bahkan dalam masa mengerjakan solat sekalipun ia tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas dan khusyuk tetapi dalam keadaan terpaksa dan terseksa. Apa yang diingatinya ialah perkara yang dijiwainya dan yang diutamakannya. Oleh itu solatnya dilakukan dengan cepat sekali demi menyelesaikan tugasannya itu.
  • Maka terasalah olehnya akan kepenatan dan kejemuan dalam mengerjakan solat hingga sampai kepada tahap sanggup meninggalkan solat. Orang seperti ini sebenarnya tidak sabar dalam mengerjakan solat dan mendirikan solat tanpa roh lantaran kegagalan mereka menghayati atau memahami setiap ungkapan yang dibacanya di dalam solat.
  • Sesungguhnya sembahyang 5 waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaannya tidaklah panjang dan tidak juga memakan masa yang lama. Hanya sekitar 10 - 15 minit sahaja. Bahkan ia boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Bahkan merupakan satu latihan jasmani yang baik untuk tubuh badan.
  • Namun begitu mengapa Allah menyebut solat itu besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk?
  • Jawapannya, khusyuk yang dimaksudkan di sini ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam dan rasa kehambaannya kuat. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa. Mereka mudah mengerjakan solat bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat melepaskan perasaan rindu pada Tuhan.
  • Waktu solat sentiasa ditunggu-tunggu dan tidak cukup dengan mengerjakan solat yang wajib, mereka mendirikan pula solat sunat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


5 Comments so far
Leave a comment

Cabaran ni..insaf2..memang kadang-kala terasa jemu..n xkhusyuk..

Comment by teman October 29, 2007 @ 12:22 am

Assalamualaikum

Belajar, belajar dan belajar, sebagai mana firmanNya shalat itu mencegah perbuatan keji dan munkar. wallahu a’lam.

Comment by andriana November 26, 2007 @ 11:33 pm

Ya saya setuju…thanks…manusia kdg2ny mdh brubah kpd keadaan…bygkn dlm masa sebulan seseorang dpt beramal penuh khusyuk dan tawaduk namun sayang ia tdk kekal lama…manusia ibarat lalang mudah ditiup angin…tapi kita hndaklah jd akarny bukan daunnya… walau ditiup angin ia masih disitu…disini peranan hati dn iman sgt pnting…jdi sama2lah kita brdoa agr tdk terpesong setelah dberi cahaya keimanan ini…

Comment by fazehan January 10, 2008 @ 11:44 pm

Solat adalah detik pertemuan seorang hamba dengan Tuhan. Itu adalah detik yang paling penting mengatasi semua aktiviti yang mengisi masa kita seharian. Tapi berapa ramai antara kita yang sanggup menggadaikan solat dengan perkara-perkara yang dianggapnya lebih penting dari kehidupan akhiratnya?

“How you do anything is how you do everything,” ungkapan dari penceramah T. Harv Eker - mungkin boleh jadi pedoman supaya kita memuhasabah diri melalui cara bagaimana kita melaksanakan solat.

Ya Allah, kurniakan RahmatMu pada kami ini, semoga kami menjadi insan yang khusyu’ dalam solat kami. Amin!

Comment by Hijrah January 20, 2008 @ 8:04 pm

cuba tanya diri kita,dalam sehari berapa kali kita khusyuk dlm solat,dlm sebulan berapa kali kita khusyuk dan dlm setahun berapa kali kita khusyuk? kalu jawapan kita menyedihkan, baik chek semula hati kita krn hati merupakan raja segala amalan. jika rosak hati, rosaklah amalan.

Comment by faizah May 29, 2008 @ 7:14 am



Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>