
Buat pembaca & sahabat yang saya hormati,
WHAT ?
Website ini BUKAN ruangan untuk soal jawab hukum. Website ini lebih merupakan wadah perkongsian ilmu. Artikel yang terkumpul telah dipilih dengan berhati-hati. Jikalau antara artikel tersebut dapat menjawab kemusykilan pembaca, Alhamdulillah. Jikalau ada kemusykilan, saya anjurkan persoalan hukum itu di bawa kepada imam atau ulama’ yang bertauliah.
WHY ?
Tidak dibenarkan sama sekali menghantar respon atau sebarang bentuk penulisan yang mengandungi kata lucah, kesat, kebencian, politik yang tidak boleh dipertanggungjawabkan.
Budaya Islam bukan budaya sindiran sinis, kutuk-mengutuk, mencaci-cela, memecah-belahkan perpaduan dan merendah-rendahkan org lain (terutamanya ulama’) walaupun pendapat berbeza.
Sesuatu topik tertentu mungkin boleh mengundang kritikan, topik sebegini amat menarik untuk dipelajari andainya dibincangkan dengan baik. Inilah proses pembelajaran sebenarnya. Jika kritikan terlalu pedas, seseorang yang lain mungkin tawar hati untuk memberi pendapatnya. Jika kritikannya pula tidak ikhlas, tiada sesiapa yang akan mendapat manfaat. Kedua-duanya akan menggagalkan tujuan sebenar halaqah ilmu. Semoga kita dapat menjadi mukmin yg baik dgn mengamalkan sikap berhemah & tawadhuk.
WHEN ?
Any responses that contains any of the above will be deleted without notice. Also, I prefer love letters, not spams. Use common sense & virtuous attitude at all times. Kindly adhere to this.
WHO ?
I’m in the process of filtering & tagging the source of hadith mentioned on this site. Although the articles are written by experts in their field, I think it’s a brilliant idea. Having said that, this will be time consuming. Do bear with me (in this rather ambitious project). If anyone would like to lend a helping hand, I’d appreciate it.
As much caution exercised, I’m a human with weaknesses and limitations, therefore, if anyone could find any mistakes or breach of any sorts in the content, do let me know. Please don’t jail me.
HOW ?
I wish all the articles in here has touched as many hearts as possible. I sincerely pray may Allah s.w.t. bless us with hidayah (enlightenment, direction to the right path) & taufik (the ability to action upon hidayah). Amin.
Marilah kita berazam, untuk mengamalkan apa2 yg telah dipelajari. Walaupun sedikit, mudah-mudahan dapat di kekalkan secara istiqamah, sehingga terdidik hati dan terbentuklah peribadi mukmin yg di cintai Allah. Imam Sufyan berkata, “Tidak diterima suatu perkataan kecuali bila ia disertai amal, dan tidaklah lurus perkataan dan amal kecuali dengan niat, dan tidaklah lurus perkataan, amal dan niat kecuali bila sesuai dengan sunnah.”
Contohnya :
- Jika kita telah membaca artikel tentang kejinya mengumpat & akhlak buruk yang lain, maka cuba berhenti dari tabiat itu.
- Jika sudah membaca fadhilat bersolat tahajud, maka usahakan utk qiyamullail .
- Kalau membaca artikel tafsir al-Quran, tanamkan rasa cinta pada ayat-ayat Allah. Usahakan untuk khatam sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setahun. Dulu setakat membaca, sekarang renungkan tafsirnya bersama. Kalau mampu, masuk kelas pengajian al-Quran & Hadith.
Sampaikan apa yg dipelajari pada anak-anak, isteri, keluarga dan sahabat. Dari sudut ilmu psikologi, jika kita berjaya melakukan sesuatu perkara secara berterusan selama 14 hari berturut-turut, Insya Allah, ia akan lebih mudah untuk menjadi rutin.
Sebahagian orang-orang arif berkata,
“Jadilah kamu orang yang memiliki istiqamah, tidak menjadi orang yang mencari karamah. Kerana sesungguhnya dirimu bergerak untuk mencari karamah sementara Rabbmu menuntutmu untuk beristiqamah.”
Syeikh Al-Islam Ibnu Taimiyah berkata,
“Sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.”
This shall be, my utter, silent, bursting – happiness.