Solat, ubat mujarab pengusir kesedihan

Firman Allah SWT. di dalam surah al-Baqarah, ayat 153:

Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat…”

Apabila ketakutan meliputi anda, kesedihan menghimpit anda, dan kerisauan mengasak anda, maka bersegeralah anda mendirikan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang. Sesungguhnya solat itu – dengan izin Allah – boleh menjaga anda dengan menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini.

Ketika Rasulullah s.a.w. dirundung masalah, baginda bersabda kepada Bilal bin Rabah r.a.:

Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat.” (al-Hadith)

Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber kebahagiaan bagi Rasulullah s.a.w.

Saya telah banyak membaca sejarah hidup beberapa orang tokoh. Dan umumnya, apabila saat mereka dihimpit dengan persoalan hidup dan menghadapi banyak dugaan, maka mereka segera memohon pertolongan Allah dengan mendirikan solat dengan khusyu’. Begitulah cara mereka mencari jalan keluar, sehinggalah kekuatan, semangat dan tekad hidup mereka pun pulih kembali.

Solat khauf dilaksanakan pada saat-saat genting, yakni saat kematian terjadi di mana-mana dan banyak nyawa melayang, akibat peperangan. Apabila keadaan semakin memburuk maka solat akan memperbaikinya. Ini merupakan syarat bahawa sebaik-baik penenang jiwa dan ketenteraman hati adalah solat yang khusyu’.

Setiap generasi umat manusia yang sedang menderita berbagai penyakit kejiwaan saat ini, hendaklah sering mengunjungi masjid dan menghamparkan keningnya di atas lantai tempat sujud dalam rangka meraih keredhaan dari Ilahi. Dengan melakukan sedemikian, nescaya ia akan selamat dari pelbagai himpitan hidup. Jika tidak, tangisannya tentu akan membakar kelopak matanya dan kesedihan akan menghancurkan urat sarafnya. Maka jelaslah bahawa seseorang itu tidak memiliki sebarang kekuatan pun untuk meraih ketenangan dan ketenteraman hati selain dengan mendirikan solat.

Salah satu daripada nikmat Allah yang paling besar – jika kita mahu berfikir – ialah perlaksanaan solat wajib lima waktu dalam sehari semalam, yang merupakan penghapus dosa-dosa dan pengangkat darjat kita di sisi Allah. Di samping itu, solat lima waktu juga merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati pelbagai kesedihan dan berbagai macam penyakit yang kita deritai. Betapapun, solat mampu meniupkan ketulusan iman dan kejernihan taqwa dalam relung hati, sehingga hati redha dengan apa jua ketentuan Allah.

Adapun mereka yang menjauhi masjid dan meninggalkan solat, maka mereka hanya akan beralih dari kesusahan yang satu ke kesusahan yang lain, dari goncangan jiwa yang satu ke goncangan jiwa yang lain, dan dari kesengsaraan yang satu kepada yang lain.

“…Maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menghapus amal-amal mereka.” (Muhammad : 8)

Rujukan :
Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni
La Tahzan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s