Solat tengah malam penghapus dosa, penghalang maksiat

MENURUT Syeikh Muhammad Saleh al-Munajjid, ada beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam, antaranya:

  • Ikhlas kepada Allah SWT dalam setiap amalan agar ia dilakukan semata-mata bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang lain, ia bertujuan supaya tidak timbul rasa riya’ dalam diri.
  • Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai kesadaran yang mendalam, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
  • Mengetahui dengan terperinci ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.
  • Memerhati kepada kesungguhan individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamulail khususnya para salihin di kalangan sahabat dan ulama’.
  • Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti ditunjukkan Rasulullah s.a.w.
  • Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud: “Apabila kamu hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada al-Barra’ bin ‘Azib)
  • Bersegera masuk tidur (tidur pada awal waktu) terutama selepas solat Isya’ seperti amalan yang dilakukan Rasulullah s.a.w.
  • Berzikir dengan wirid yang ma’thur seperti al-Ma’thurat sebelum tidur (kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun) atau membaca ayat pilihan dari al-Quran, mengamalkan doa tidur dan membaca tiga ‘Qul‘.
  • Seboleh-bolehnya tidur sebentar pada siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya.
  • Elak daripada banyak makan dan minum kerana ia boleh menyukarkan seseorang untuk bangun di tengah malam.
  • Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa juga keadaan.
  • Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang utama untuk mudah bangun di tengah malam.
  • Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
  • Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah SWT selain ia adalah sunat muakkad yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w.

Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)

One thought on “Solat tengah malam penghapus dosa, penghalang maksiat

  1. ربي يكرمكم والمسلمين ونحن على باب شهر رمضان المبارك فاللهم اجعلنا من المؤمنين الصائمين المحتسبين…آمين🙂

    ________________________________

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s