Setulus budi, semurni kasih

Assalamu’alaikum wrb,

Kehadapan sahabat-sahabat yang saya cintai kerana Allah.

Sungguh saya berasa terharu dengan kiriman e-mail, bait-bait kata yang begitu indah dan jalinan ukhuwah yang saya terima semenjak saya memulakan blog Mutiara Hati ini. Di sini saya ingin memohon jutaan maaf dari hati yang dalam, kerana ada yang masih belum sempat untuk saya balas tulisan-tulisan kalian.

Yakinlah, dengan rahmat Allah, kasih ini masih embun dan suci, walau kita tak pernah bersua atau terpisah oleh jarak dan masa.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai kerana Dia. (Amin)~ Sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, Rasululllah SAW bersabda:

“Di sekitar Arasy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada’. Para nabi dan syuhada’ iri kepada mereka. Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah SAW menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah.”

Teruskanlah menulis kepada saya, kerana kalian adalah perantara sumber inspirasi dan kekuatan dari Allah bagi diri yang kerdil ini.

Salam ukhuwah,
Nurjeehan Hashim
Kuala Lumpur, Oktober 2011

4 thoughts on “Setulus budi, semurni kasih

  1. Alhamdullillah syukran,

    Moga-moga kata-kata mutiara dapat memberi menafaat bersama kepada semua pihak dengan tidak secara langsung berdakwah secara moden, ini adalah dituntut dalam Islam. Kita akan ditanya dialam akhirat umur kita, harta kita dan ilmu yang ada pada kita……ameen ya kareem !!!!!!!!!!!!!

  2. Assalamualaikum, perkongsian ilmu dalam blog ini tetap diikuti walau di mana pun saya berada. Semoga ukhwah kita semata-mata kerana Allah SWT amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s