Tahajud Cinta

Bayangkan kita sedang berdialog dengan seseorang yang kedudukannya lebih tinggi dan lebih mulia dari kita. Bayangkan bahawa dia memiliki segalanya. Dia akan memberikan apa yang kita minta. Dia mahu mendengar seluruh kata-kata kita. Dia itu amat pengasih, amat penyayang. Dia akan memberi pertolongan setiap kali kita memerlukan pertolongan. Dia tidak akan meninggalkan kita. Bayangkan bahawa kita sedang memerlukan cintanya, kasih sayangnya, perhatiannya dan pertolongannya. Tentu yang perlu kita lakukan adalah mendekatinya. Duduk dihadapannya. Kita akan memilih waktu yang tepat, kesempatan yang baik dan perkataan yang baik pula.

Maka demikian jugalah Tahajud. Dalam keheningan malam solat Tahajud dilaksanakan, apabila hanya suara cengkerik malam yang terdengar, apabila ramai orang semakin lelap dalam tidurnya, apabila di luar angin berhembus agak kencang membawa udara dingin, apabila sepi mencengkam – keadaan inilah yang paling baik, paling mulia dan paling tepat untuk kita gunakan berdialog secara langsung dengan Allah SWT melalui solat Tahajud kita. Semasa inilah para malaikat-Nya turun, pintu langit terbuka dan semua perkataan kita akan sampai di hadapan-Nya. Inilah mengapa Tahajud menjadi ibadah sunnah yang amat istimewa. Sungguh sayang jika terlepas menunaikannya!

One thought on “Tahajud Cinta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s