Adab Mendekatkan Diri Kepada Allah – Fasal 2

Mutiara Kalam Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad

Jalan yang pertama yang akan direntasi oleh ahli suluk untuk menuju kepada Allah, adalah memperbetulkan taubat. Adam bertaubat kepada Allah dari segala macam noda dan dosa. Seandainya ahli suluk ini masih mempunyai kesalahan terhadap orang lain perlulah ia bersegera memohon kemaafan dan dihalalkan apa sahaja darinya. Seandainya gagal berbuat demikian maka dirinya masih lagi tergantung daripada menerima rahmat Allah. Ia tidak akan mampu untuk berjalan menuju kepada Allah.

Syarat taubat yang sebenarnya adalah rasa kecewa terhadap dosa yang dilakukan di samping berazam untuk tidak kembali ke lembah maksiat. Sesungguhnya barangsiapa yang cuba untuk bertaubat sedangkan ia masih kekal dalam maksiat atau masih ada niat untuk melakukannya maka tidak ada arti langsung taubatnya.

Perlu juga sentiasa merasa bersalah dan mengakui terhadap keterlanjurannya, terutama ketika menunaikan sebarang kewajipan yang telah difardhukan kepadanya. Bilamana wujudnya jiwa yang merasa sedih terhadap dirinya yang berdosa maka ketika itulah Allah berada di sisinya. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi:

“Aku ada bersama hamba yang sentiasa merasa luluh jiwanya kerana mengharapkan rahmat-Ku.”

Setiap ahli suluk semestinya berwaspada dari segala macam dosa, samada yang kecil apatah lagi yang besar sehingga melebihi daripada berhati-hatinya seseorang yang takut termakan racun yang boleh membunuh. Perlu diketahui bahawa dosa itu berperanan merosakkan hati seperti racun boleh merosakkan tubuh badan. Sedang hati naluri itu lebih utama dan penting dari tubuh badan. Bahkan modal utama pada setiap ahli suluk adalah memelihara dan membangunkan jiwanya. Sedang tubuh badan terdedah kepada kebinasaan. Sebentar lagi ia akan luput ketika mati. Pemergiannya sekadar meninggalkan dunia yang bakal hancur. Sedangkan hati andainya musnah maka musnahlah akhiratnya. Ia tidak mampu lagi diselamatkan dari kemurkaan Allah dan azab sengsara-Nya. Orang yang berjaya dan mendapat ganjaran yang ulung adalah orang yang datang dengan hati yang bersih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s