Adab Mendekatkan Diri Kepada Allah – Fasal 4

Mutiara Kalam Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad

Penjagaan anggota tubuh badan adalah juga asas yang penting dari melakukan maksiat dan dosa. Ia tidak digunakan selain untuk kepentingan akhirat.

Lidah adalah anggota yang perlu dijaga bersungguh-sungguh. Walaupun ia kecil, tetapi akibat penyalahgunaannya amat dahsyat. Peliharalah ia agar jangan sampai berbohong, mengumpat dan bercakap perkara-perkara yang terlarang.

Janganlah berbicara kotor dan berbincang dalam perkara-perkara yang tiada faedah walaupun bukan perkara haram. Hal-hal ini akan menyebabkan hati menjadi keras. Tambahan pula ia boleh membazir masa.

Perkara yang sepatutnya menjadi pertuturan seorang ahli suluk adalah membaca al-Quran, zikir dan memberi nasihat sesama Muslim, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Seandainya perlu berbicara sedikit tentang urusan dunia, pastikanlah ia juga menjurus kepada kepentingan akhirat. Rasulullah s.a.w. pernah memperingatkan kita dengan sabda Baginda:

“Semua bicara anak Adam (manusia) adalah menjadi tanggungan (bebanan) ke atasnya dan bukan faedah baginya, kecuali zikir kepada Allah, menyeru kepada kebaikan mencegah kemungkaran.”

Mata dan telinga adalah dua anggota menjadi pintu yang terdedah ke lubuk hati. Semua yang telah masuk melaluinya akan terus menetap di dalamnya. Berapa ramai orang yang telah melihat dan mendengar perkara yang tidak sewajarnya sehingga menetap di hati dan sulit untuk mengikisnya. Hati itu amat mudah dipengaruhi oleh sesuatu yang dialami. Setiap manusia sewajarnyalah bersungguh-sungguh memelihara mata dan telinganya. Sedaya mungkin meninggalkan sebarang dosa dan perkara yang tidak berfaedah.

Jagalah pandangan kepada dunia dan perhiasannya. Zahirnya dunia itu adalah fitnah dan di dalamannya amat penuh dengan pengajaran. Pelajari bagaimana mata itu mampu memandang dunia zahirnya sebagai fitnah dengan hatinya sebagai pengajaran.

Berapa ramai ahli suluk yang memandang dunia dengan pengamatan sehingga mencintai, berusaha gigih untuk memiliki dan mengumpulnya.

Sehubungan itu, perlulah para ahli suluk sentiasa menundukkan pandangan kepada alam semesta. Jangan diendahkannya kecuali dengan tujuan mendapatkan pengajaran. Maksudnya memikirkan sesuatu yang kita pandang itu juga akan musnah. Ia juga bermula dengan tiada. Ingat berapa ramai orang yang telah melintasi dunia ini akhirnya dunia ini ditinggalkan begitu sahaja, sekadar menjadi warisan orang yang terkemudian darinya.

Pandanglah dunia dan perhiasannya dengan penuh arti. Kekaguman yang lahir dari pandangan itu kita dapat merasakan betapa hebat Sang Pencipta yang Maha Bijaksana, sehinggalah semua hati yang bersinar boleh mendengar dari ciptaan alam membicarakan dengan keadaannya betapa tiada Tuhan selain dari Allah yang Maha Lembut dan Bijaksana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s