Adab Mendekatkan Diri Kepada Allah – Fasal 10

Mutiara Kalam Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad

Seandainya diri anda terasa malas dalam menunaikan ketaatan dan merasa berat untuk melaksanakan kebaikan, pulihkanlah dengan tali pengharapan yakni ‘ar-raja’‘. Sentiasa mengingati Allah dan janji-Nya kepada orang-orang yang taat, iaitu kejayaan yang agung, nikmat yang kekal, kemenangan, keredhaan, kekal di dalam syurga, ketinggian, kedudukan di sisi Allah dan hamba-Nya.

Seandainya pula diri anda disentuh perilaku yang bercanggah dengan syara’ dan cenderung kepada keburukan, maka dindingilah dengan takut yakni ‘al-khauf‘. Ia mampu menyedarkan dan memandu kita. Ingatlah amaran Allah tentangnya iaitu kehinaan, balasan buruk, kemurkaan, ketinggalan, pengharaman, kegersangan dan kerugian yang amat nyata.

Janganlah sampai terpengaruh dengan sebarang bicara kosong orang-orang yang mempermudahkan urusan syurga dan neraka. Agungkanlah apa-apa yang telah dimuliakan oleh Allah dan Rasul. Berbuatlah amal kerana Allah, Tuhan sekalian makhluk. Mohonlah syurga-Nya dan minta dijauhkan dari neraka-Nya dengan rahmat dan kurniaan-Nya.

Jika syaitan berkata: “Bahawa Allah itu Maha Kaya, Ia tidak perlu kepada amalan hamba yang tidak akan memberi sebarang manfaat atau mudarat kepada Allah, demikian juga dengan maksiat.” Cukup dijawab kepada bicara itu, “Benar, tapi aku adalah hamba yang sangat berhajat kepada kelebihan Allah dan amal salih. Berhajat kepada ketaatan yang memberi manfaat kepada hamba-Nya. Kami amat takut perkara maksiat yang akan memudaratkan kami.” Hal ini telah disebut oleh Allah dalam Hadis Qudsi-Nya:

“Seandainya dibisikkan oleh syaitan kepada hamba sedangkan hamba itu telah ditentukan sebagai orang-orang yang bahagia, niscaya tanpa syak lagi ia akan menjadi ahli syurga, walaupun hamba itu seorang ahli yang taat atau maksiat. Seandainya hamba itu telah ditentukan sebagai orang yang durjana, maka sudah pasti ia akan menjadi penghuni neraka, walaupun hamba itu seorang ahli ibadat yang taat.”

Janganlah sesekali mendengar bicara itu. Urusan ini adalah ketentuan Allah semenjak azali. Tiada sesiapa yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah. Urusan ini juga tiada sesiapa pun yang boleh mencampurinya.

Ketaatan adalah perkara yang telah diputuskan dalam janji Allah dengan kebahagiaan. Tiada sebarang pendinding di antara orang-orang yang taat dan syurga Allah, sekadar kematian dalam keluhuran.

Kemaksiatan telah diputuskan dalam janji-Nya dengan kecelakaan. Tiada sebarang pendinding di antara orang-orang yang maksiat dengan neraka Allah sekadar kematian dalam kemaksiatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s