Adab Mendekatkan Diri Kepada Allah – Fasal 8

Mutiara Kalam Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad

Hindarilah diri setiap ahli suluk dari meninggalkan ibadah Jumaat dan berjemaah. Perbuatan ini hanyalah perilaku orang-orang yang menganggur dan jahil.

Peliharalah juga amalan-amalan sunnah Qabliah dan Ba’diah (solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu). Lazimkan diri dengan solat Witir dan Dhuha. Mestikanlah menghidupkan waktu antara Maghrib dan Isya’.

Imarahkan juga waktu selepas Subuh sehingga terbit matahari, waktu selepas Asar hingga Maghrib. Peliharalah kedua-dua waktu yang amat suci ini. Allah melimpahkan padanya dengan bermacam bentuk kurniaan kepada hamba yang mengimarahkan dan memperbanyakkan ibadah.

Menghidupkan waktu subuh merupakan waktu yang boleh menarik segala himpunan rezeki jasmani. Selepas asar pula mampu menghimpunkan anugerah kerohanian.

Demikianlah apa yang telah dilakukan secara mujarab oleh orang-orang yang Arifin.

“Sesungguhnya orang yang duduk di tempat solatnya mengingati Allah selepas subuhnya akan mempercepatkan mendapatkan rezeki berbanding orang yang musafir di segenap ufuk.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s