Adab Mendekatkan Diri Kepada Allah – Fasal 9

Mutiara Kalam Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad

Perkara yang tidak kurang penting dalam jalan menuju kepada Allah selain menunaikan segala  perintah dan meninggalkan segala larangan, ialah berzikir pada setiap masa dan tempat dengan hati dan lidah.

Zikir ini mestilah terhimpun padanya segala macam faedah zahir dan batin. Tiada lainnya iatu kalimah tauhid (La ilaha illa Allah). Zikir inilah yang menjadi permulaan bagi setiap ahli-ahli yang baru memulakan perjalanannya. Dan zikir bagi ahli yang sudah sampai ke kemuncak kebahagiaan.

Barangsiapa yang melakukannya niscaya pasti dia akan mengecapi rahsia perjalanannya dan terpancarlah sinaran hakikatnya.

Hendaklah sentiasa duduk i’tikaf, berzikir kepada Allah, dengan jiwa yang hadir, adab yang sempurna, semangat yang membara dan dorongan yang kuat. Tidak akan terhimpun erti-erti dari makna ini pada setiap individu sehingga terbuka baginya rahsia di alam malakut yang indah. Akan terbuka bagi rohnya hakikat alam yang suci. Ia akan menyaksikan dengan mata hatinya (‘ain sirrihi) keindahan dan kesucian yang Maha Agung.

Para ahli suluk juga mestilah banyak bertafakur.

Tafakur ini pula di atas tiga bahagian :

  1. Tafakur tentang keajaiban kuasa dan keindahan Sang Penguasa yang Maha Agung sama ada di langit mahupun di bumi.
  2. Tafakur terhadap nikmat Allah yang tidak terhitung. Pengaruh yang terdapat di alam dan nikmat itu sendiri, serta kecintaan kepada Allah.
  3. Tafakur dalam soal kehidupan dunia dan akhirat serta keadaan makhluk yang ada, sehinggalah terbina jiwa yang tidak tunduk kepada dunia bahkan sentiasa mencari kebahagiaan akhirat.

*Hal ini telah kami perjelaskan secara teliti di dalam kita “Risalah Al-Mua’awanah“. Bolehlah membacanya bagi sesiapa yang berminat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s