Adab Mendekatkan Diri Kepada Allah – Fasal 11

Mutiara Kalam Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad

Ketahuilah bahawa permulaan perjalanan itu adalah kesabaran dan akhirnya kesyukuran, mulanya kepenatan akhirnya keselesaan, mulanya kepayahan akhirnya pembukaan dan sampai ke medan yang diharapkan. Itulah makam pengenalan, di mana tercapainya hamba kepada makrifat serta terhibur dengannya. Sehinggalah bersimpuh di hadapan pintu Sang Pencinta yang Mulia bersama para malaikat.

Barangsiapa mengasaskan dirinya di setiap urusan dengan kesabaran maka ia akan mencapai kemuliaan dan dapat memilih segala yang dicita-citakan.

Barang diketahui sesungguhnya nafsu itu bermula dengan nafsu ammarah (nafsu yang mengajak kepada keburukan). Tugasnya menyeru manusia berbuat jahat dan melarang berbuat baik. Sekiranya manusia berusaha (mujahadah) dan sabar dalam menentangnya maka nafsu akan bertukar kepada lawwamah (yang mencela). Sekiranya manusia berusaha (mujahadah) dan sabar dalam menentangnya maka nafsu akan bertukar kepada mutmainah (tenang). Ia boleh berubah di antara dua keadaan. Jika ia berjaya niscaya ia akan berupaya menuju kepada Allah. Ketika itu ia akan memandunya ke sisi Allah – mendorong diri berbuat kebaikan dan kelazatannya; menjauhi dari melakukan kejahatan serta membencinya dan menjadi orang yang memiliki jiwa yang tenang.

Perkara yang menjadi kehairanan terhadap manusia ialah apabila mereka mencanggahi sebarang ketentuan dan ketaatan sedangkan di dalamnya ada kesenangan, ketenteraman dan aman. Demikian juga orang yang suka melakukan maksiat dan dosa, sedangkan keadaan di dalam maksiat itu keluh kesah, keasingan, pembohongan. Mereka menyangka melakukan sesuatu yang benar dalam kedua-dua perkara, seperti apa yang dirasai oleh golongan jiwa yang tenang.

Kemudian dia kembali menyemak dirinya. Mengingati apa yang pernah dia rasai ketika mengikut dorongan syahwat dan kelazatannya. Dibandingkan pula dengan amalan ketaatan dan kejerihannya. Maka dia dapati tidak akan sampai kepada tahap ini, kecuali dengan mujahadah yang lama di samping mendapat inayah daripada Allah.

Maka perlu diketahui kesabaran dalam menghadapi maksiat dan syahwat serta sentiasa melakukan ketaatan, satu-satunya jalan kejayaan yang akan membawa kepada makam yang mulia serta murni. Sebagaimana yang Allah telah nyatakan dalam firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan jadilah orang-orang yang sabar, berhubunglah dan bertaqwalah kepada Allah moga-moga kamu berjaya.” (Ali-Imran: 200)

Firman-Nya lagi:

“Sempurnalah kalimah Allah yang Mulia terhadap kaum Bani Israel di atas kesabaran mereka.” (Al-A’raf: 137)

Firman-Nya lagi:

“Kami juga telah jadikan mereka pemimpin membawa hidayah dalam urusan Kami kerana kesabaran dan keyakinan mereka dengan ayat-ayat Kami.” (As-Sajdah: 24)

Di dalam hadis Qudsi disebutkan:

“Yang paling sedikit apa yang Aku telah berikan kepada kamu ialah keyakinan dan keazaman yang sabar. Barangsiapa yang telah diberikan bahagiannya, maka janganlah dihiraukan barang yang luput dari bangun malam (qiyamullail) dan puasa siang hari.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s