Adab Mendekatkan Diri Kepada Allah – Fasal 14

Mutiara Kalam Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad

Berusahalah bersungguh-sungguh membersihkan hati dari rasa takut kepada sesama manusia dan mengharapkan sesuatu dari mereka. Inilah punca orang akan berdiam diri ketika berlaku kebatilan dan agama dipersendakan. Mereka meninggalkan tugas dakwah untuk menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Biarlah menjadi hina di mata manusia selagi kekal mulia di sisi Sang Pencipta yang Maha Mulia. Tidak mengharap sesuatu selain dari Allah.

Jika seseorang dihadiahkan sesuatu oleh saudara Muslimnya dengan cara yang baik, ambillah pemberian itu sekadar yang diperlukan. Bersyukurlah kepada Allah ketika itu. Ucapkanlah terima kasih kepada pemberi.

Sekiranya hadiah tidak diperlukan dan ia tidak pula merosakkan hati naluri, terimalah dengan baik. Boleh juga dikembalikan dengan penuh penghormatan agar tidak mengguris hatinya. Memelihara maruah orang Muslim sangatlah dituntut dan ia amat bernilai di sisi Allah.

Jangan memulangkan pemberian untuk mendapatkan pujian dan nama, demikian juga mengambil kerana kedudukan.

Sebenarnya mengambil kerana mencari kedudukan adalah lebih baik dari menolak kerana mencari kemegahan. Orang yang benar dan mulia tidak akan diperdaya oleh dunia. Mereka hanya mengambil cahaya hidayah dari Tuhannya yang Maha Esa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s