Adab Mendekatkan Diri Kepada Allah – Fasal 15

Mutiara Kalam Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad

Perkara yang paling bahaya bagi ahli suluk apabila dia bercita-cita untuk memiliki karamah dan kasyaf. Dikenali sebagai tokoh yang aneh dan selalu zahirnya perkara-perkara yang bertentangan dengan adat. Sesungguhnya perkara ini tidak akan berlaku kepada orang yang sangat-sangat ingin kepadanya. Zahirnya hal ini ditangan orang-orang yang tidak suka berlaku pada dirinya. Seandainya berlaku juga hanya sekadar istidraj (gangguan syaitan). Hal ini hanyalah akan menjadi penghinaan bukan lagi (karamah) kemuliaan.

Jikalau seseorang ahli suluk yang dikurniakan hal-hal karamah, hendaklah ia bersyukur kepada Allah. Namun jangan sibuk dengan hal-hal itu. Tidak perlu dijadikan bahan cerita bahkan dirahsiakannya. Demikianlah halnya jika tidak berlaku, tidak perlulah bersungguh-sungguh mencarinya dan bersedih kerananya.

Semulia-mulia karamah adalah istiqamah dalam ketaatan dan menjauhkan diri dari maksiat zahir dan batin. Makanya setiap individu mestilah beristiqamah dengan betul dan sempurna, niscaya segala yang dilangit dan dibumi menjadi pembantu kepadanya. Khidmat inilah yang menyingkap sedikit demi sedikit jalan kepada membukakan terhadap Allah.

Wajiblah berbaik sangka kepada Allah. Dialah Tuhan yang semata-mata memelihara kamu, mengetahui keadaan kamu, membantu hidup kamu. Tiada tempat bergantung selain Allah yang Maha Berkuasa. Allah juga telah memberi maklum bahawa Allah bertindak terhadap makhluk-Nya mengikut sangkaan hamba-Nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s