Adab Mendekatkan Diri Kepada Allah – Fasal Penutup

Mutiara Kalam Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad

Para ahli suluk tidak akan menjadi ahli suluk kecuali ia mendapatkan segala yang dihajati di dalam al-Quran. Merasakan diri dalam kelemahan bukan dalam kelebihan. Allah adalah Tuhannya yang mencukupi untuk dirinya dari hamba-hamba yang sama dengannya. Di mata hatinya dunia ini sama sahaja samada emas ataupun debu.

Para ahli suluk adalah orang yang memelihara batasan hidupnya, menyempurnakan segala sumpah janjinya, redha terhadap ketentuan hidup dan sentiasa memuji Tuhannya ketika bersendirian, mahupun di khalayak ramai. Jiwanya sentiasa murni, luhur dan ikhlas.

Para ahli suluk tidak mudah diperdaya oleh sifat sombong. Ia tidak juga dipengaruhi oleh keadaan dan ditewas oleh nafsu jahat. Hidupnya tiada dibentuk oleh adat. Bicaranya adalah zikir dan hikmah. Diamnya adalah pemikiran dan pengajaran. Amal perbuatannya sentiasa mendahulukan perbicaraan. Ilmunya sentiasa menepati amal perbuatan.

Syiar hidup mereka adalah khusyuk, beradab dan bersopan. Perjalanan mereka adalah tawadhu’ dan sentiasa rasa rendah hati kepada Allah. Landasan adalah jalan yang benar dan menolak segala kebatilan. Mencintai orang yang baik-baik dan menjejaki mereka. Membenci perbuatan buruk di samping menegurnya. Rupa hidupnya lebih indah dari khabar beritanya. Menjadikan mereka teman hidup lebih baik dari sekadar menceritakan halnya.

Para ahli suluk sangat senang membantu orang, lembut jiwanya dan tidak gersang pemikirannya, sangat jujur dan boleh dipercayai. Tidak pernah berbohong atau mengkhianati. Bukan pula bersikap bakhil atau penakut. Mereka juga tidak akan mencaci atau melaknat. Tidak pernah tamak terhadap hak orang lain, tidak pula bakhil di atas apa yang Allah telah kurniakan kepadanya. Niatnya sentiasa murni dan perjalanannya sentiasa indah.

Diri mereka sentiasa dibentengi dari sebarang keburukan. Semangat mereka sentiasa memuncak menuju kepada Allah. Nafsu mereka sentiasa menjauhi sebarang kehinaan. Tidak tamak kepada kesenangan sementara dan tidak mengambil dunia dengan selera syahwat. Teman mereka adalah kesetiaan dan kewibaan. Sumpah mereka adalah maruah dan bersifat malu. Dirinya sentiasa menjadi contoh kepada ummah.

Jika dikurniakan sesuatu ia bersyukur, jika diuji dengan kesusahan sentiasa bersabar. Jika berlaku penganiayaan dan dosa segera bertaubat. Jika ia dizalimi sentiasa memaafkan. Amat senang dirinya disembunyikan dari dimegahkan.

Lidahnya tidak akan menuturi perkara yang tiada hasilnya. Hatinya tidak akan lalai dari ketaatan dari Allah. Tidak akan mempersendakan agama. Tidak leka melihat makhluk Allah di muka bumi.

Jiwanya merasa begitu indah apabila bersendirian. Sebaliknya merasa sepi dan sunyi apabila duduk di tengah-tengah orang ramai. Sehinggakan ia tidak akan menemui orang kecuali dalam amal-amal kebajikan dan ilmu yang dipelajarinya.

Sentiasa mencari kebajikan dan tidak gusar dengan kejahatan. Tidak pernah merasa dianiaya. Bagaikan pokok kurma dibaling dengan batu dibalas dengan buahnya. Seperti bumi dibuang padanya segala sampah dan kekotoran namun yang keluar darinya semua yang amat berharga.

Bersinar diwajah mereka cahaya kebenaran, seolah-olah dirinya mengolahkan segala apa yang tersirat di dalam sanubarinya.

Matlamat mereka adalah keredhaan Allah. Daya usaha mereka adalah menjejaki Rasulullah s.a.w. dengan mengambil segala bentuk hidup Baginda samada akhlaknya, perbuatannya dan perbicaraannya. Mentaati titah perintah Allah SWT:

“Apa yang telah didatangkan kepada kamu oleh Rasulullah maka ambillah, apa yang telah dilarang hendaklah kamu tinggalkan.” (Al-Hasyr: 7)

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya adalah bagi kamu itu Rasulullah sebagai contoh terbaik bagi sesiapa yang inginkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia mengingati Allah sebanyak-banyaknya.” (Al-Ahzab: 21)

Firman Allah SWT:

“Dan barangsiapa yang taat-setia kepada Rasulullah maka ia telah taat kepada Allah.” (An-Nisa’: 80)

Firman Allah SWT lagi:

“Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu, sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah.” (Al-Fath: 10)

Firman-Nya yang lain lagi:

“Katakanlah! Jika kamu benar-benar mencintai Allah ikutilah aku, niscaya Allah akan mengasihi dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Ali-Imran: 31)

Firman Allah SWT lagi:

“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih.” (An-Nur: 63)

Mereka sentiasa menjejaki dan mencontohi serta setia kepada segala perintah Allah. Merindui janji Tuhan yang Maha Mulia. Sentiasa berusaha menjauhi azab sengsara Allah. Samada di dalam ayat-ayat yang kami sebut atau sebaliknya.

Wallahu’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s