Jangan Butakan Hatimu

Wahai anakku,
Berlindunglah dengan Allah daripada ditimpa penyakit buta hati. Buta hati akan menyebabkan kita buta akhirat dan buta hakikat diri sendiri. Celikkanlah mata hati agar dapat melihat kebenaran, bahawa dunia ini adalah tempat untuk makrifat kepada Allah.

Firman Allah SWT :

“Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat nanti ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (jalan benar).” (al-Israa’ : 72)

Sentiasalah bermuraqabah dan bermusyahadah kepada Allah dengan mengisytiharkan perang kepada nafsu. Berkata Imam al-Ghazali rahimahullah dalam ‘Bidayatul Hidayah‘ :

“Bermula perjalanan mengenal Allah ialah dengan mengisytiharkan perang ke atas hawa nafsu.”

Hindarkanlah diri daripada kemalasan dalam ibadah, terutamanya bangun di waktu malam kerana tanda banyak dosa ialah tidak boleh bangun di waktu malam untuk beribadah.

Janganlah ragu dengan janji-janji Allah. Gunakanlah peluang hidup di atas dunia ini untuk membersihkan hati agar makrifat kepada-Nya. Carilah rahsia hati kita kerana ia terkandung rahsia Allah. Sesungguhnya, hanya manusia yang diberi kelebihan untuk makrifat kepada-Nya. Sebab itu, ia lebih mulia daripada para malaikat, jin dan makhluk-makhluk lain.

Hati yang telah dapat ‘melihat’ Allah ialah hati yang diterangi nur, tenang dan dipenuhi kecintaan sepenuhnya kepada Allah. Ia rindu untuk bertemu Allah.

Wahai anakku,
Muliakanlah orang lain. Jangan sekali-kali merasakan kita lebih tinggi kedudukan daripadanya. Bukankah kita belum tahu keadaan kita ketika menghadapi sakaratul maut? Barangsiapa yang merasa dia selamat, ketahuilah dia adalah orang yang paling tidak selamat. Siapa yang tidak merasa berdosa, maka dia berdosa. Sentiasalah meneliti keaiban diri sendiri daripada melihat keaiban orang lain. Moga-moga Allah mengampunkan kita.

Awasi diri kita dengan solat. Jangan melewat-lewatkannya kalau tidak ada alasan syar’ie. Allah memberitahu, neraka Wail disediakan untuk mereka yang lalai dalam solatnya. Dahulukanlah Allah dalam segala urusan, nescaya Dia akan menyelesaikan urusan kita dengan manusia.

Solat adalah jalan untuk kita merasai akan kewujudan Allah, mengenal hakikat diri sendiri, bahawa kita ini adalah lemah, bisu, pekak, buta…kita tidak mempunyai apa-apa. Hakikatnya segala hanya milik Allah Yang Maha Besar dan Agung. Hilanglah diri di dalam kehebatan Allah SWT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s