Tekunlah Beramal dan Mujahadah

Wahai anakku,
Tekunlah beramal dan bermujahadah, cintailah ilmu pengetahuan dan cintailah kehidupan akhirat. Jadikan dirimu sebagai pengembara yang sentiasa dahaga dengan cinta Allah, rahmat Allah dan pengampunan Allah. Pandanglah dunia ini bagaikan tempat persinggahan kamu ketika turunnya hujan, apabila berhentinya hujan kamu kembali berjalan menuju ke destinasi asalmu.

Wahai anakku,
Sakitilah nafsumu kerana ia adalah tunggangan syaitan. Jika ia lemah maka syaitan akan lemah kerana tiada tunggangan untuk digunakan bagi merosakkanmu. Bakarlah ia dengan api zikir, lemahkan ia dengan kurang tidur dan makan, bebankan muatan atasnya dengan ibadat yang khusyu’.

Janganlah kamu terikut manusia yang hatinya buta dengan akhirat. Mereka mencari kebahagiaan dengan menuruti hawa nafsu sedangkan kamu carilah kebahagiaan dengan menentang hawa nafsu. Hiburan kamu adalah ujian Allah, kesengsaraan kamu adalah kehidupan yang tidak teruji hawa nafsu. Tahanlah lidahmu dari dusta dan umpatan kerana ia menghancurkan amalan kamu sekelip mata bagaikan letupan yang menghancurkan gunung.

Berhati-hatilah dalam perjalanan ini, hanya mereka yang berilmu dan beramal serta mengalirkan air mata ‘darah‘ akan tersenyum di alam yang kekal abadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s