GUESTBOOK

Segala puji-pujian hanya bagi Allah SWT. Sesungguhnya seorang hamba itu tidak mengetahui kemaslahatan dirinya jika Allah tidak mengenalkan kemaslahatan tersebut kepadanya. Ia tidak mampu mendapatkannya jika Allah tidak menentukannya baginya. Dan ia tidak mampu menginginkannya sehingga Allah menciptakan padanya keinginan dan kehendak. Jadi semua kebaikan berasal dari Allah SWT.

Semua kebaikan ada di tangan-Nya. Dan kepada-Nya dikembalikan segala pujian. Kalaupun ada manfaat di dalamnya, maka Allah yang mentaqdirkannya, dan menghantarkannya kepada kita. Oleh itu, barangsiapa mendapatkan kebaikan hendaklah ia memuji Allah, bukan sesiapapun. Kalau ada kekurangan atau kesilapan, saya mohon maaf, nasihatilah diri saya, berterusan membimbing dan melindungi diri ini. Insya’ Allah.

Saya berharap kandungan laman ini berguna bagi mereka yang dahaga akan bacaan-bacaan ilmiah dan berbentuk kerohanian, terutama sekali orang-orang yang sentiasa ingin menjadikan hari akhirat sebagai tujuan utamanya dalam kehidupan yang singkat ini.

Sebarang teguran dari para arif dan bijaksana sangat dialu-alukan, agar dapat diperkemaskan usaha. Terima kasih dan saya menghargai kata-kata sokongan semua (termasuk cadangan-cadangan yg bernas, nasihat, tunjuk ajar dan kritikan yg membina).

Akan saya sematkan di hati, sebagai penguat semangat untuk meneruskan tekad perjuangan. Insya’ Allah.

Kepada Allah saya mohon taufiq dan hidayah-Nya, semoga usaha yang tidak seberapa ini selalu berada dalam keredhaan-Nya dan dicatat sebagai amal soleh yang diterima. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Saya memohon doa tulus kalian.

Jazakumullah khayran,
Nurjeehan Hashim

99 thoughts on “GUESTBOOK

  1. Assalamualaikum…..

    Saya sangat tertarik dengan semua artikel-artikel dan blog-blg yang banyak membantu saya dalam menghayati dan mendalami ilmu Agama Islam ini. Saya terjumpa laman web dan blog puan selepas saya search di yahoo tentang cara-cara solat sunat tahajjud… Jika saya ada sebarang kemusykilan tentang agama, saya harap saudari dapat membantu saya…

    Assalamualaikum…

  2. Assalamualaikum,

    Sebelum ini Mutiara Hati dalam wordpress…saya tak tinggal entri dari mutiara hati sebab guna RSS entri…tetapi kini saya sudah buat perkara sama dengan RSS tapi tiada juga pautan entri terkini dari Mutiara Hati…
    Saya setup bahagian widget sebagaimana biasa dibuat

    Adakah cara lain untuk saya RSS entri dari Mutiara Hati…?

  3. Assalamualaikum,

    Saya bersyukur kepada hadrat Allah SWT dan berterima kasih dengan adanya website @ blog ini di internet. Dengan adanya blog seperti ini, saya mendoakan lebih ramai lagi umat Islam mengunjungi dan mempelajari erti sebenar Islam.

  4. Assalaamualaikum Nurjeehan,

    Ive only read a few of ur writings and i already loved it. Really inspiring, just the thing ive been looking for to spend my time whenever im online here. Thanx so much sister for sharing those words of wisdom, may Allah swt reward u loads ameen.

  5. Saya dh baca sdikit sebanyak artikel kt website ni……dan ia sdikit sebanyak mnblkan iman saya trhadap-NYA. teruskan usaha …

  6. salam sis,

    alhmdlh, timbul rasa keinsafan & kesyahduan bila membaca bbrp artikel dari sis.. terima kasih krn berkongsi pendpt, penulisan sis dlm blog ini.

    Jazakillahu Khairal Jaza’

    Ayusya (Spore)

  7. TQ very much…. Saya amat terharu, sekurang-kurangnya dapat mengingatkan diri yang selalu terlalu… Teruskannn

  8. Salam..
    I keep this website under my favorite list of web site and this will definitely the first site that i will view everyday..

    Keep up the good work!

  9. assalamualaikum., salam kenal,

    bagus banget, jazakallah khairan, semoga Allah memberikan balasan atas apa yang engkau payahkan.

  10. assalamualaikum,

    kalau tidak menjadi satu masalah….pohon kebenaran untuk mengambil salah satu artikel di sini untuk tazkirah pejabat nanti. Terima kasih.

  11. Aqidah menurut istilah agama,ialah kepercayaan akan wujudnya tuhan yang maha esa,yang tidak ada sekutu baginya yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan,kesucian,kebesaran,dan keadilan,yang maha pengasih lagi maha penyayang,yang menyediakan azab bagi hambanya yang engkar dan durhaka.Agama islam sebagai sebuah agama yang terakhir,yang diturunkan tuhan buat petunjuk bagi ummat manusia.

  12. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
    Saye suke+seronok dapat tau blog awak ni, sebab banyak artikel best2. Saye ingat saye nak jugak copy and paste artikel2 yg baik mutu dan kesahihannya yg bersangkutan dengan agama dalam homepage/blog saye, boleh kan? boleh eh?

    Time kasih…Wassalam

  13. Assalamualaikum..
    Saya baru melawat laman ini. saya dapati banyak mutiara kata dan tips yang berguna untuk d,kongsikan bersama.

    Boleh kh saya copy & Paste utk blog saya untuk d,kongsikan bersama kwn2.
    terima kasih dari Brunei

  14. salam.u hv a very good website.ia menjadi iktibar pada yg membaca.is it ok if i share yr articles with others?

  15. Salam…..this is one the best blog yg pernah saya visit..banyak artikel menarik – to share with others…..keep it up..

    Jazakallah hu khairan..

  16. Assalamu’alaikum !
    I’m from Aceh , i have look your blog and i interested.
    i would like to know about you, can i?
    by the way, how do you do? hopefully i will be a friend with you.
    please forgive me if i make you uncomfortable.
    thank you.

  17. Dear Akhi;

    a good job indeed! You are truly blessed to be able to write something like this which inspires many people. This is like a non stop “talking” ceramah that constantly gives u pahala whether u awake or asleep. May Allah rewards u for your effort.

  18. Alhamdulillah, dalam perjalanan terjumpe blog ni. memang isi kandungannya amat menarik dan memberi manfaat kepada semua.teruskan usaha anda memartabatkan ukhuwah islamiah dan menyedarkan masyarakat majmuk tentang kebenaran….

  19. alhamdulilah…blog y memberi ilmu y bmanfaat kpd kt smua umat yg hnya hidup smntara di bumi y fhana ni..

    truskan usaha u mmbrikan ilmu dan panduan dlm menjalani khdupan ni

  20. Salam,

    Saya Fithri dari Malindo Publications Sdn Bhd, ingin berhubung dengan saudari untuk menerbitkan buku berunsurkan agama dengan syarikat kami. Sila hubungi saya melalui emel yang tertera atau terus hubungi saya di talian ini 019-2727551 (hp) 03-40247159 (off).
    Sekian.

    Fithri

  21. Salam,

    saya amat tertarik dengan artikel yg ada.. cukup baik memberi peringatan ketika terleka dengan kesibukan dunia..Mudah-mudahan Allah merahmati anda dalam usaha memakmurkan syariaat Allah di mukabumi ini..

  22. Alhamdulillah…saya terjumpa blog ni,masa cari cara2 solat tahajjud…Banyak ilmu2 dlm blog ni yang berguna membuatkan saya rasa smakin dkt dgn ALLAH..
    Semoga segala usaha saudari di dlm mengagih2kan agama ALLAH,mendapat rahmat drNYA…

  23. Assalamualaikum, salam perkenalan…first saya sudah jatuh hati dengan blog ni, byk info . Saya terjumpa blog ini bila saya mencari biodata Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary..saya ingin menjadi seperti beliau…thanks u byk membantu …semoga u sentiasa di berkati Allah swt.

  24. Assalamualaikum,

    Saya sgt tertarik dgn blog ini…different from others. would you tell me about yourself…just want to be friend so that i can share things that i don’t know. you can find me at my website anyway. Semoga Allah merahmati kamu!

  25. assalamualaikum kak jehan,

    saya ni ada masaalah berat ni.boleh tolong tak?saya kan sejak akhir2 ni selalu berasa was-was.kalau nak makan ke apa ke?semua saya buat hmpir takl menjadi sebab dalam hati saya tu berkta benda ni tak hallal dan haram,tak suci dan bersih hingga saya hampir tiap2 minggu terpaksa bertayamum. org tua sya pun heran mengapa saya jadi mcmni?adakh sya sedng di uji oleh allah s.wt ataupun sya sdg dihukum?saya harap saudari dapat memberi saya bacaan ayat al-quran untuk menghilangkan rasa was-was dalam hati saya ni.Jika saya nak pegang benda tu hati saya kuat mengatakan itu tak suci pergi tayamum.ataupun awak telah memakan benda haram dan jika saya sembhyang hati saya selalu berkata saya terkencinglah apalah terkentut la..aiyoh..saya ni bukan lah alim ulama yg iblis setan tu nak goda saya habis2an.nak kata saya ni jahat,ada lagi yg lebih jahat dripada saya,nak kata saya ni tak smbhyng tiap2 hri sya smbhyng cuma tak habis 5 fardhu dalam 2 fardhu sahaj..kak jehan tolonglah balas balik saya punya soalan ni .ok..terima kasih.

  26. Well done! Beautiful blog – good and very educational content. Keep up with the good work!
    Ramadan kareem, wassalam
    Abdul, Beirut, Lebanon

  27. Assalamualaikum,
    Alhamdulillah. Blog yang mampu mententeramkan hati dengan izin Allah.Pasti ditulis dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT.Byk info yang sangat bermanfaat. Teruskan Usaha Murni NurJeehan!God Bless!
    My Favourite blog NOW!Vote!

    Thanks!

  28. alhamdulillah…akhirnya aku temukan blog yang bisa memberi pembelajaran banyak tentang agama kepada diriku yg lemah ini……
    trimakasih atas kehendak-NYA yang telah menuntunku sampai ke tempat ini…thanks

  29. Salam alaiki.

    Saya newbie di Hadithuna… salam blogger muslim…
    Mohon pencerahan dalam segala hal… !!!

    Ini kunjungan pertama… semoga Allah mengizinkan untuk kunjungan selanjutnya secara kontiyu…amiin

    See you

  30. Assalamualaikum.

    Saya ingin berterima kasih kepada saudari kerana menggabungkan karya-karya yang indah justeru menghasilkan rangkaian ilmu yang menghias Nur para muslimin dan muslimah. Terus terang saya katakan hati saya tersentuh membaca suatu artikel yang anda hasilkan. Terima kasih, ia membantu saya untuk membentuk Nur sejati. Di samping itu, saya berharap agar anda menghasilkan lebih banyak artikel mengenai wanita, cinta, perkahwinan, rumahtangga dan anak-anak. Terima kasih sekali lagi.

  31. Asalaamualaikum, nice juga ada website yang munggunakan dua bahasa.Saya cadang pelayar web cuba mendengar penceramah2 bukan melayu yang menyampaikan ceramah2 mereka didalam Youtube.Mereka adalah seperti Sheikh hamzah,sheikh feiz shaykh jehad ismail.Keep an open mind,dimalaysia ini kita orang melayu datang dari pelbagai latar belakang.Akibatnya kita ini seperti 8 orang buta memberi gambaran rupabentuk saekor gajah dan juga the one eyed man is King among the blind.So please move on and keep up with your good effort.Jazakallah khairan kasira.

  32. salam…thanks nurjeehan coz mewujudkan blog ni…sy suka…kata2 dlm blog ni bagai perangsang bg saya…teruskan nurjeehan…salam

  33. Assalamualaikum…
    Alhamdulillah.. Btol2 bgz blog ni.
    Cuma saya ingin minta nasihat…
    Saya ni tergolong dlm golongan org yg lalai solat..
    Jd, andaikan saya ni adik kamu..
    Apakah yg bley saya lakukan utk btol2 bersolat?
    Yup! Saya mengaku solat i2 penting sgt2 dan saya tau ajal saya pasti akan tiba..
    Tp, smua 2 tetap xleh jd perangsang utk bersolat.
    Dlm blog kamu pun ada menceritakan ttg lalai bersolat.
    Tp.. Masih lg blom ckup sdarkan saya..
    Jd, apa yg perlu saya lakukan utk btol2 masuk dlm kpala otak saya ni utk bersolat?
    Trima kasih dan maaf menyusahkan…
    Assalamualaikum.. =)

  34. Assalamualaikum..

    Saya baru je jumpe blog ni..saya rase first impression sy mmg btl..blog ni mmg bagus kan!

    Saya tgh cari info pasal istikarah. ttg kepentingan, keperluan beristikarah..

    InsyaAllah..jika ikut perancangan sy akan bernikah pada januari tahun depan..keluarga kedua belah pihak sudah bersetuju dan sgt gembira dgn keputusan ini. saudara, jiran dan sahabat terdekat juga telah pun mengetahui ttg perancangan ini..

    tapi sy tak pernah melakukan istikarah..
    sy hanya mengikut kata hati, daripada pengalaman2 lepas, yg tunang sy sekarang adalah yg terbaik dan mengharapkan dia sememangnye terbaik untuk sy.

    perlukah sy beristikarah?
    sy pernah usulkan isu ini pada tunang sy, tapi kami sama2 takut utk lakukan kerana bimbang tidak mendapat petunjuk bahawa kami adalh jodoh kami masing2.tapi saya pernah membaca buku bahawa tidak rugi org yg beristikarah. hati menyuruh sy melakukan istikarah tapi kekadang takut utk mengetahui jika dia bukan untuk sy..

    jadi sy harap saudari boleh berikan pandangan saudari..

    Tq.

  35. Thanx a lot saudari Jehan!!…

    InsyaAllah, arini jugak sy akan lakukan solat istikarah…
    lepas bc komen saudari, hati ini rasa melonjak2 tak sabar ingin meminta petunjuk dan kebenaran dari Nya.

    Again, terima kasih banyak2. Jasa saudari memberi nasihat ini hanya Allah shj yg dpt bls..

  36. Salam..
    artikel yang baik dan senantiasa baharu…
    mana saudari NJ dapat maklumat yang kekal segar begini? …dari pembacaan yang bagaimana ye?..

    Teruskan usaha selamat berjaya..

  37. assalamu alaikum.
    alhamdulillah saya bisa bertemu dengan website yang penuh pelajaran bagi kehidupan sehari-hari.

    petuahnya sangat bermanfaat sekali buat keluarga, kantor dan masyarakat…..

    saya sangat senang dengan artikel-artikelnya…..
    buat nurjeehan …..salam perkenanalan dari Bandung…..

  38. Asslm akm wrh wbrkth !
    Tahniah di atas pengendalian blog yang sangat menarik dari sudut tajuk, isi dan bahasa yang digunakan.Moga ukhti telah mendapat taufiq dan hidayah Allah swt di dalam menggunakan instrument dakwah ini.
    Ana tertarik untuk menekuni pelayaran blog ini kerana tazkirahnya mengetuk pintu hati dan bahan ilmiahnya bersikap terbuka yang meluaskan lagi horizon berfikir.Juga ana tertarik dengan paparan emej manisnya empunya blog ini yang sepatutnya (pada hemat ana) tidak didedahkan. Kenapa ?.. supaya orang yang benar-benar mencari “mutiara hati” itu ikhlas dahagakan hidayah Allah atau dia mendapat petunjuk kerana kesan ketajaman pena dan kewajaran hujah yg diberi, bukan kerana terpikat dengan seri wajah yang dicari.
    Ana sangat berminat untuk mengetahui latar belakang pendidikan ukhti supaya lebih yakin dengan mesej yang disampaikan oleh ukti.
    Sekian, moga ukhti akan terus cemerlang di dalam arena dakwah di alam maya ini.

  39. Asslamualaikum wrh wbrkth !
    Salam ukhuwwah ana ucapkan kepada ukhti blogger dan semua pengunjung blog ini.Sekali lagi ana ucapkan tahniah kepada ukhti di atas persembahan skreen baru dan pengendalian artikal yang sentiasa segar.
    Sedikit permintaan-kalau ukhti tak berkeberatan- supaya ukhti kongsikan sedikit kepada ana panduan pembikinan blog kerana di dalam banyak-banyak kunjungan ana ke dunia blog ini, setiap kali mengunjungi blog ukhti maka lebih terdorong jiwa ini untuk kongsi ilmu dan pandangan.Manalah tahu kemungkinan ana boleh memanfaati dan dimanfaati melalui blog sendiri kerana jasa motivasi ukhti.
    Sekian..Jazakillah Khairan

  40. Dengan Nama Allah Yg Maha Pengasih Dan Penyayang.

    Kuasa Allah. Rahmat Allah. Kerana Allah.

    Salam,

    Tahniah blog yg menarik!!

    Mohon kebenaran saudari utk mengambil mana2 artikel disini utk di kongsi bersama teman2 yg lain.

    Semoga saudari di bwh Rahmat Allah selalu. Amin.

    Terima kasih.

  41. Salam hormat Salam keagamaan
    Insya Allah AlhamdulillahSaya telah melungsuri alam siber pada meninjau dakwah Islamiah daerah Nusantara ini.Perkataan baik telah banyak saya lihat dan dengar.Siap Firman dan Hadithnya.Tetapi saya jarang sekali bertemu insan yang berani dan bertanggungjawab menunjukkan perbuatan yang sah dan benar.Makrifat adalah “kata kerja”.Ia bukan sekadar ungkapan kata.Kita tak boleh berterusan berlandas pada Imam dulu-dulu sahaja.Islam agama mengikut peralihan zaman.Tetapi tetap terjaga kesucian.Apakah sekarang ini tiada orang yang dapat Taufik Hidayah yang mampu menghuraikan khilaf dan mutasyabihat? Jawapan nya PASTI ADA! Cuma kita tak usaha.”AKU AKAN AJAR MANUSIA APA YANG MEREKA TAK TAHU”Tapi kalau manusia rasa mereka dah pandai,maka akan tertutup mata hati.Ilmu hakikat-makrifat cakapnya sikit perbuatan nya banyak.Kurang pertikai tapi banyak sholat hajat minta petunjuk.Bukan mencari kemenangan dalam dialog bahas tapi mencari kebenaran.Bukan soal syurga neraka tapi ini soal balik nak selamat.Itu sahaja.Ringkas nya saya berani dan bertanggungjawab dgn apa yang saya kata.Sudi untuk terus bertemu bertandang bertemu anda dimana sahaja pelusuk Nusantara ini demi menunjukkan ikhlas bahawa makrifat cuma ada dalam Sholat.Dan telah ada ilmu Syariat Tarekat Hakikat Makrifat .Awal Akhir Zahir Bathin berlandas Quran Hadith menghurai secara terperinci ilmu “SIFAT 20″. Sudilah hubungi saya demi ilmu yang sah dan benar ini.Dalam perkara agama kita tak boleh tokok tambah dan tak boleh menyampaikan apa yang Nabi tak suroh…Salam hormat .Wassalam.

  42. Assalamualaikum,
    Tiada kata yang dapat digambarkan di sini, namun apabila membaca setiap artikel-artikel yang dipaparkan, menjadi hati saya sayu dan pilu. Saya berharap melalui web ini menjadi titik tolak saya untuk mendalami agama Allah s.w.t. Mudah-mudahan puan dapat hasilkan artikel-artikel yang menarik agar insan-insan seperti saya dapat terus menyelami ilmu Allah dan memaut kecintaan ini hanya pada Allah s.w.t Doakan saya agar saya dapat menjadi muslimah yang diredhai Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

  43. assalaamu’alaikum… mohon izin “Mutiara Hati” dari blog ini saya tautkan kedalam facebook saya… mohon maaf dan terima kasih… Jazaakumullah…

  44. Assalamualaikum w.b.t, terima kasih diatas pembikinan website sebegini yang mana dapat memberikan ilmiah kepada setiap insan.diharap terus maju di masa akan datang.I’Allah..

  45. assalamualaikum
    syukrn atas artikel2 ant.sangat memotivasi sekali.
    kita mungkin banyak ilmu tapi kadang kurang akan keyakinan ilmu yang telah kita pelajari, sehingga yang muncul kadang ilmu bighoiri amalin.
    dengan membaca di blog ant semakin tambah ilmu semakin tambah keimanan atau keyakinan untuk melaksanakan.
    Allahu Akbar perjuangkan diinul islaam

  46. Assalamualaikum w.b.t. Blog ini padat dgn artikel Islamik. Kupasan ilmu di kalangan pakarnya mencantik lagi pengolahan dan intipati cabang Islam. Apakah boleh saya bookmark blog ini dlm blog saya, dan mengambil manfaat penulisannya utk dimasukkan ke dalam blog saya di masa-masa akan datang. Terima kasih. Semoga usaha yang berterusan dan baik ini, mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah S.W.T. Salam ukhuwah.

  47. salam..
    alhamdulillah, saya amat tertarik dengan isi kandungan blog jehan ni.. ianya banyak memberi panduan kepada saya.. terima kasih dan semoga jehan dapat membantu lebih ramai pembaca. semoga terus sukses.. selamat berjaya..

  48. assalamualaikum…
    thanx utk doa2 yg ada dlm blog ni…
    nak tau juga dah ada ke blum doa2 & zikir2 dlm btk mp3??
    btk mp3 lbh memudahkan…
    klau ada sila beritahu ye…

  49. Salam…

    Terima kasih di atas penulisan dan perkongsian ilmu yang bermakna ini…

    Sy juga nak mohon kebenaran saudari utk mengambil mana2 artikel disini

    utk di kongsi bersama teman2 yg lain.

    Semoga anda dirahmati olehNya…

    Amin…

  50. Salam perkenalan

    saya baru kehilangan anak tersayang .sekarang hanya tinggal seorang saja anak sulong saya. saya mohon bantuan moral bimbinglah lah saya ,sebab saya totally lost please2 help me.non stop crying walau pun saya redha dia pergi. tolong lah saya.

    zarina sani
    s’pore

  51. tolong doakan untuk saya , harap semua masalah saya akan selesai dan Allah swt akan memberi perlindungan berterusan dan keamanan/ketenangan hati

  52. salam ukhwah,

    you colour my life with your beautiful articles. moga diterangi hati setiap pembaca yg membacanya..

    syukran..

  53. terima kasih dengan semua artikal ini… banyak membantu saya dalam kehidupan sehari hari..semuga ALLAH memberkati usaha saudari…

  54. Salam sis, reading ur blog byk membantu menenangkan hati sy serta menambahkan lagi ilmu dan kecintaan terhadap hal2 keagamaan. good job n teruskan dear..shukran jazilan

  55. Salam sejahtera…
    Blog ini banyak memberi manfaat buat diri ini yang sentiasa mencari-cari dan tertanya-tanya keindahan agama Islam. Terima kasih di atas posts yang begitu indah dan membina.

  56. Assalammualikum saudari nurjeehan…
    Syukur Kehadrat Illahi kerana saya dipertemukan dengan blog saudari,
    mungkin rasa tidak tenteram dalam hati saya yang mendorong saya mencari sesuatu dan dipertemukan dengan blog ini. Saya bukanlah seorang yang sempurna dengan ilmu agama, tapi selepas saya baca artikel saya rasa betapa jahil dan hinanya saya… menitis juga airmata bila mendengar alunan surah-surah yang saya telah downloadkan dari blog saudari… harap blog ini dapat membimbing saya dalam hal-hal agama… perubahan itu amat saya harapkan dalam hidup saya. harap kita akan dipertemukan oleh Allah… Saya berdoa agar saudari berjaya uploadkan semua 30 juzuk surah yang saudari telah perkatakan…Semoga Allah merahmati Saudari dan seluruh ahli keluarga saudari… semoga bertemu lagi… Asslammualaikum…

  57. assalamualaikum nurjeehan dan semua pelayar..

    saya baru di blog anda, baru tadi saya ke blog lama anda https://nurjeehan.wordpress.com/ dan masih belum explore lagi sebenarnya, tapi dah tertarik nk explore di masa2 akan datang. insya Allah banyak yang saya boleh belajar dan muhasabah dpd blog ni.

    Salam ukhuwah.

  58. Assalamualaikum wrmth

    Saudari, terima kasih atas perkongsian ilmu. saya sgt suka berusrah dalam fb dan download ilmu Allah dari internet. Allhamdullillah penulisan yg baik, ilmu yg dapat dimanafaatkan sgt2 dan sentiasa dapat menyadarkan diri, mengingatkan diri tentang Pencipta kita yg maha Agung Ya Raab..betapa cinta Allah swt yg sgt Agung dan kita ini siapalah..sekadar dipinjamkan ke bumi ini utk menjalani kehidupan bagi menuju ke sana yg kekal. Bersyukur masih berpeluang melayari hidup dan dapat melakukan ibadah2 yg perlu dibaiki,ditambah,dan di cari lagi. Terima Kasih atas ilmu..muga sentiasa dalam Rahmat Allah swt dan Jazakallah Khayran. Selamat Menunaikan Ibadah Ramadhan. Muga Ibadah anda dan kami diterima oleh Allah swt amin amin

  59. Assalam,
    saya tercari-cari bahan tentang manusia hebat SALAHUDDIN AL-AYUBI, carian di google menemukan saya dengan blog ini, alhamdulillah, tak perlu saya menaip panjang kerana saudara/ri telah memperkemasnya untuk saya, masa saya terjimat kerana adanya blog ini, jazakallahu khairan kerana saya baru saja meletakkan link berkenaan manusia SALAHUDDIN di blog saya. Terima kasih daun keladi..

  60. tertarik hati bila pertama kali berkunjung ke blog saudari..teruskan berblog yg berunsurkan ilmiah..utk panduan kita bersama..wasalam

  61. Assalamualaikum & Salam Ukhwah,
    Sy sgt tertarik dan berminat di dalam mutiara kata, sy mohon kebenaran utk mengambil gmbr dn kata2 yg menarik di dalam blog ni utk dijadikan walpaper atau simpanan sendri.. Sy mendoakan kejayaan utk blog nie.. Terima Kasih..

  62. Subhanallah, teruskan penulisan anda, sungguh bermanfaat. Semoga usaha anda menjadi kunci kebaikan kepada semua.

    “Barang siapa yang menunjukkan (seseorang) kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.” – (Hadis Riwayat Muslim).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s